tag:blogger.com,1999:blog-42579328509662574782024-03-14T11:56:13.051+08:00Naque Ariffin'jika kemarin belum meraih kemenangan,tak mengapa... Yang penting hari ini kau datang bukan untuk mengalah'naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.comBlogger37125tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-10159083922842700122022-11-16T20:19:00.016+08:002022-11-16T23:00:09.600+08:00Ulasan Video Tugu Atas Bukit karya Saiful Razman - Tergabungnya Garis Antara Protagonis dan Femme Fatale.
<o:p></o:p>
Lakonan Suara: Ameera Ramlee, Fathil Dhani, NamRon dan Firdaus Karim.
selepas tontonan.<o:p></o:p>
yang menarik tentang karya interdisiplin Tugu Atas Bukit (TAB) ini adalah gabungan
gambaran memori silam Saiful Razman
ketika kecil, sastera lisan (oral history) dan alih wahana iaitu terinspirasi dari novel Rentung
karya Sasterawan Negara, Dato’ Hj
Shahnon Ahmad.
menonton tayangan karya TAB di Balai Seni Negara, Saiful Razman telah membawa
penikmat seni untuk meneroka pelbagai kemungkinan dan terserah kepada penikmat
seni itu sendiri untuk memberi tafsiran berdasarkan komposisi video, pemaknaan
setiap shot, dialog, bunyi dan pelbagai lagi. Saya memilih untuk melihat
satu-satunya watak wanita dalam karya ini iaitu Amirah dan bagaimana kaitannya
dalam video montage dan drama radio ini.<o:p></o:p>
Aquinas, seorang ahli falsafah yang kuat pegangan agama pernah menyatakan,
bahawa wanita sebenar tidak lengkap tanpa lelaki. Saiful
Razman telah menentang pandangan itu dengan mewujudkan watak Amirah. Dalam karya ini, watak Amirah sangat mendekati ciri-ciri wanita yang
fatale kadang-kadang berubah dalam neo-noir. Watak-watak perempuan yang
lebih simpati telah memainkan peranan penting dan menguatkan lagi genre ini. Dalam
baharu. Amirah pada mulanya hanya bertindak sebagai tukang urut
wanita/bidan kampung beralih kepada urut batin untuk kaum lelaki di kampung itu.
yang muncul selepas era perang di mana penempatan isu sosial menjadi lebih
berbeza dan merumitkan: isu-isu kaum, jantina, dan status dicerminkan dengan memberikan takaran yang serius. Satu
perkembangan yang menarik dalam eo-noir adalah tergabungnya garis antara
watak ini adalah beliau membantu kaum lelaki di kampung itu yang kebanyakannya
lemah tenaga batin dan dalam masa yang sama, beliau berjaya mengubah pendirian
Yop Pin untuk menjual tanah (untuk dijadikan sebuah jirat Cina) yang selama ini
dipertahankan oleh Yop Pin selepas satu sesi ‘urutan’. Hal ini mendekati ciri-
ciri neo-noir, iaitu eroticism dan seksualiti. Dalam karya ini, audio (drama
radio) menjelaskan perbualan diantara Amirah dan Yop Pin yang sedang dalam sesi
urutan manakala visual montage pula memaparkan Amirah sedang melembutkan
segumpal tanah liat yang akhirnya menjadi bentuk panjang dan tebal (?).
konteks Neo-Noir, watak protagonis sebenarnya boleh menghindari segala macam
masalah, tapi yang sukar adalah dia tidak boleh lari dari ilusinya sendiri yang
kemudian membawa kedalam konflik penceritaan. Dalam konteks TAB, Amirah yang
pada awalnya hanya mengurut kaum wanita sahaja dan diterima oleh orang kampung.
Permasalahan mula timbul apabila beliau mula mengurut kaum lelaki dan peluang
ini digunakan oleh Ngah Berahim untuk menghambat Amirah ke dalam konflik. <o:p></o:p>
itu, ciri-ciri Neo Noir yang terdapat dalam video ini antaranya inverted frames
untuk menggambarkan ketidakstabilan watak dalam filem, kerana genre dalam
neo-noir cenderung gelap dan wataknya tidak sempurna. Ini dapat dilihat pada
watak Ngah Berahim seorang ketua kampung, yang pada awalnya video montage
menggunakan warna yang suram dan penghujung cerita semakin gelap (black and
white). Dalam tafsiran ini, watak Ngah Berahim seorang yang rasional, simpati
dan empati. Pada awalnya beliau tidak bersetuju dan menyebelahi Yop Pin untuk
tidak menjual tanah, lama kelamaan menggunakan Amirah untuk mengubah pendirian Yop
Pin. Maka terciptalah Tugu Di Atas Bukit yang merupakan syarat Yop Pin sekiranya tanah itu diserahkan untuk dijadikan jerat.<o:p></o:p>
satu adegan dimana kejahatan telah dilakukan, pencahayaan pada Amirah telah di
terangkan hanya dikawasan mata sahaja. Harus diberi penekanan pada babak ini
kerana pencahayaan juga merupakan salah satu ciri penting dalam kewujudan famme
fatale. Cahaya yang jelas hanya diterangkan pada mata Amirah memberi gambaran
yang jelas tentang fahaman feminisme ginokritik yang dipopularkan oleh Elaine
Showwalter iaitu “women as writer”. Memandangkan penulis juga seorang
perempuan iaitu Nurul Afna Akma, Saiful Razman telah berjaya mengangkat tulisan
ke bentuk visual untuk menguatkan genre dan struktur penulisan yang ditulis
oleh wanita dan dilakonkan oleh wanita. Garisan cahaya inilah yang saya
Neo-Noir tetap berpijak pada visi utama sinema iaitu berupaya memberi refleksi
apa yang sebenarnya terjadi dalam masyarakat. Mungkin inilah paparan Kg Cangkat
Jong pada kaca mata Saiful Razman diera 90-an menerusi latar karya ini.<o:p></o:p>
mencadangkan Saiful Razman agar merentas satu lagi cabang kesenian iaitu teater
untuk mengembangkan karya ini. Dalam era kontemporari masa kini, ada yang
disebut sebagai teater immersive. Eksplorasi tentang ruang, bunyi, visual dalam
video ini boleh meruntuhkan tembok pementasan konvensional teater dengan
menghadirkan penonton lebih dekat untuk menikmati karya TAB ini. Penonton boleh 'lebih' mendengar, melihat, merasai segala bentuk visual yang dipamerkan dalam karya
ini tanpa terhad di kerusi penonton seperti pementasan teater konvensional. Tahniah untuk seluruh tenaga kreatif TAB!<o:p></o:p>
Ariffin,<o:p></o:p>
Malim, Perak.
<o:p style="font-size: 16pt;"></o:p>
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-41201194773868375442022-10-30T23:21:00.009+08:002022-10-31T15:19:07.566+08:00Ulasan Ringkas Teater Asrama-RA: Dorm Putra ACT II
Teater Asrama-Ra begitu dekat dengan diri aku. 10 tahun lalu, naskhah Asrama-Ra ini dipentaskan di bawah arahan aku dan Kahirunazwan Rodzy. Atmosphere yang di bina dalam naskah ini juga menggamit kenangan aku selaku pelajar yang pernah duduk di asrama sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah. Kita tinggalkan kenang-kenangan dan biarlah ia tersemat dalam sanubari.
Kisah asrama dalam naskhah Asrama-Ra kali ini kelihatan agak taboo iaitu kes buli di asrama. Selaku penulis naskhah dan pengarah, Khairunazwan Rodzy (KR) telah menyuntik isu pemilihan pemimpin yang agak dekat dengan hati masyarakat dikala Malaysia menghampiri pilihanraya dalam menentukan pemimpin yang benar-benar boleh memimpin. Naskhah ini memberi tamparan kepada penonton impak sekiranya kita salah memilih seorang pemimpin. Saya kira cukup itu dulu tentang naskhah yang baik ini. Naskhah yang baik harus menceritakan tentang sekarang dan masa depan. Bukan lagi merakam masa lalu. KR kali ini tidak lagi meyanggah nostalgia dengan menulis kisah-kisah cinta, tetapi lebih manusiawi dan teknik penceritaan yang baik kerana wujud mini klimaks disetiap adegan dan membuatkan penonton tertunggu dan meneka apa akan berlaku. Itulah keajaiban teater, ia memiliki kekuatan untuk mengubah penonton, seorang individu dan membuka hati serta cara mereka berfikir. Sayangnya mereka-mereka yang memegang kuasa tertinggi hanya melihat kesenian hanyalah sebuah hiburan. Aku tinggalkan kekecewaan aku disini. Kita teruskan pada persembahan teater Asrama-Ra.
Beralih pada persembahan, tahniah buat Fadhli Masoot kerana berjaya mengawal emosi kesedihan yang tidak melimpah tetapi masih mampu menjentik emosi penonton. Seperti kata Shakespeare “kesedihan yang melampau-lampau adalah asing bagi seni lakon” melalui dialog Hamlet dalam naskah teaternya dengan judul yang sama (Hamlet). Fadhli meletakkan kematangan lakonannya untuk meletakkan “kematangan” watak Ijan, seorang pelajar sekolah menengah pada tahap sepatutnya tanpa perlu memaksa sehingga akhirnya menjadi rigid. Walaupun diakhir-akhir babak beliau seakan memerah emosi berlebihan, tetapi beliau tetap memegang falsafah yang dibentuk dalam penulisan KR iaitu “memaafkan mungkin tidak akan mengubah masa lalu, tapi tentu dapat berbuat lebih baik masa kini dan masa akan datang”. Jadi, diakhirnya kita melihat beliau begitu subtle dan tenang menyudahkah klimaks cerita ini.
Fadhli Masoot sebagai IJAN.
Asrama-RA: Dorm Putra ACT II juga di barisi oleh pelakon-pelakon lain seperti Nam Ron, Fimie Don, Han Zalini, Ikhlas Jalil, Idham Maulana, Anwar Rusdini, Sri Irdina dan Nesa Idrus.
Ikhlas Jalil dan Fimie Don juga berjaya mencuri tumpuan aku dalam pementasan ini. Mereka memegang watak yang diberikan dengan kukuh hingga ke akhir penceritaan dengan bantuan dialog, watak dan perwatakan yang dicipta oleh penulis dan pengarah.
Naskhah ini merupakan “actor play” dan bukannya “director play” pada pandangan aku. Ini kerana, ianya merupakan sebuah persembahan yang memerlukan kekuatan pelakon yang faham akan peranan masing-masing. Pelakon juga memainkan watak di atas pentas dan bekerja dengan arahan pasukan kreatif (pengarah, pereka set, pereka cahaya dll) untuk menghidupkan sesebuah teater. Ianya sebuah ensemble play tanpa memijak peranan pelakon lain. Perkara yang aku sebutkan diatas dapat di lihat diatas pentas dimana aktor-aktor tadi kelihatan tidak begitu terikat oleh kerja-kerja asas pengarahan seperti susun atur (blocking) ketika bermain melainkan transisi/penukaran babak. Mereka begitu selesa bermain.
Cuma ada beberapa perkara yang mungkin boleh diperlihatkan/diperbaiki dari segi lakonan. Melakonkan sesebuah naskhah ensemble play sebegini memerlukan fokus yang tinggi. Apa lagi ketika rakan lakon sedang berdialog. Ketika awal-awal persembahan, aktor-aktor diatas pentas seakan berusaha keras untuk mempamerkan seperti “oi.. lihatlah aku”. Masing-masing diantara mereka cuba mengatasi vokal sesama sendiri, dengan gesture yang besar dan berlebih-lebih dan tidak organik. Mungkin mereka sedar perkara ini setelah keluar dari pentas, barulah mereka masuk semula dengan kesatuan teater itu sendiri iaitu sebuah “kerja kolektif”. Mereka mula peka dengan apa yang berlaku, siapa yang sedang berdialog, patah dan makna dialog yang dilontarkan. Apa yang aku hormati pada mereka semua adalah tenaga yang diberikan ketika persembahan. Walaupun aku menonton persembahan ini pada petang hari (3.30pm), mereka tetap memberikan persembahan yang terbaik. Tahniah buat semua.
Pereka cayaha, Nawfal Zamri telah berjaya membantu pelakon dan penonton dengan memberikan pilihan-pilihan warna untuk membantu watak Ijan ketika sedang mengalami bisikan-bisikan (trauma/halusinasi) tentang kisah 6 bulan yang lalu dalam naskhah ini. Aku sering memberi penekanan tentang peranan tatacahaya dalam pementasan. Ianya bukan tentang cantik, tetapi adakah ia membantu atau memberi makna terhadap pementasan/sesuatu babak itu. Pemilihan warna dalam pencahayaan adalah penentu tingkah laku di atas pentas. Warna juga mempengaruhi persepsi yang menyebabkan emosi tertentu diatas pentas. Warna mempunyai kualiti yang boleh menyebabkan perubahan emosi pada pelakon dan penonton. Dalam kes ini, Nawfal memilih warna hijau, merah dan biru ketika bisikan pada watak Ijam datang. secara psikologi warna dalam rekaan cahaya, merah membantu merangsang secara psikologi dan meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.. Biru pula bertentangan dengan merah. Ia mempunyai kesan menenangkan dan neutral. Hijau adalah warna yang paling menenangkan untuk penglihatan manusia. Maka, gabungan ketiga-tiga warna ini telah melambangkan emosi Ijan yang sedang berada dalam tekanan, tetapi perlu tenang dalam masa yang sama kerana keliru dengan situasi yang berlaku.
Akhir kata, Tahniah buat semua tenaga produksi. Pujian harus juga diberikan juga pada tenaga pengurusan Revolution Stage. Setelah 13 tahun aku mengenali produksi ini, kali ini aku lihat mereka secara professional menguruskan sebuah pementasan dari pembelian box office, promosi, rakaman dll hal berkaitan pengurusan sebuah badan profesional. TAHNIAH.
Naque Ariffin,
Majlis Bandaraya Shah Alam.
11.10 Malam
(iya, aku masih dalam hall tengok Gegar Vaganza, tetapi pementasan petang tadi masih bermain dalam fikiran aku)
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-1287287716092759992021-07-17T01:21:00.024+08:002021-07-17T03:59:34.096+08:00IGNITE: Menyalakan Kesunyian di Musim Pandemik
Menurut Dwi Maryani
dalam jurnalnya, Wiraga, Wirama dan Wirasa dalam Tari, menghayati sebuah karya
tari, kita tidak boleh lari dari 3 eleman iaitu raga, rasa, irama. “Raga”
bererti para penari memiliki kemampuan serta keterampilan untuk mempamerkan setiap
gerakan. Untuk mencapai definasi raga ini, ketepatan waktu, gerakan, tempo, dan
perubahan gerak merupakan eleman yang sangat penting. “Rasa” menurut
beliau pula adalah penari harus menyampaikan masej melalui gerakan tari serta
ekspresi gerak atau tubuh dari para penari. Untuk mendapatkan rasa tersebut,
para penari serta muzik haruslah seiring agar mendapatkan rasa yang diharapkan.
“Irama” pula saling berhubungkait dengan rasa dimana irama dari gerakan
tari datang dari iringan muzik. Antara penari dan muzik, kedua-dua elemen ini haruslah
saling berkaitan agar masej yang ingin disampaikan kepada penonton dapat disampaikan
dengan baik.<o:p></o:p>
Pada pendapat saya
pula, hal ini amat asing dalam tari kontemporari. Tari kontemporari lebih bersifat
bebas serta tidak ada peraturan khusus tentang pola gerak atau eleman tarian
yang lain. Harus di ingat, istilah kontemporari itu wujud atas kemuakan serta
pemberontakan pengkarya zaman neo-klasik terhadap persembahan yang telah distrukturkan. Kebanyakan persembahan kontemporari berhubung dengan bentuk
persembahan yang lebih segar serta falsafah yang lebih luas dan baru. <o:p></o:p>
Malam ini saya
berkesempana menonton sebuah persembahan tari kontemporari, IGNITE AN
Evening of Virtual Contemporary Dance Performance. Persembahan ini
dijayakan oleh Fairul Zahid dan Kirby
Dunnzell yang bertindak sebagai penari dan koreografer. Persembahan bermula pada 16 dan 17 Julai 2021 secara dalam talian.<o:p></o:p>
Berbalik kepada
persembahan malam ini, IGNITE dilihat masih terikat dengan ‘form’ lama
dimana tidak banyak percubaan berani yang ditampilkan dalam persembahan malam
ini atau lansung tidak ada dari kedua-dua koreografer dan penari ini. Karya ‘Lesson
to Remember’  pada saya gagal
mengangkat aspek kehidupan manusia pascamoden dalam era globalisasi masa kini. Sebagai
seorang yang amat menitikberatkan penceritaan dalam sesebuah karya seni, saya
melihat karya ini hilang arah dari aspek penceritaan dan emosinya. Segala emosi
ketegangan, sunyi, kepayahan, bosan dan lain-lain dalam menghadapi perintah
kawalan pergerakan (PKP) tidak dijelmakan sehabis baik dan sekadar ala kadar melalui
gerak yang ditampilkan. Harus sedar, dalam elemen kontemporari, penceritaan  atau konsep yang diungkapkan melalui karya
tari tersebut harus berhubungan dengan masalah kemanusiaan dan kekinian. Hal
ini tidak jauh dengan situasi global yang kita hadapi sekarang iaitu pandemik.
Ini yang saya katakan diawal tadi, tidak berani! Dalam mendepani kaedah
persembahan secara dalam talian, tidak ada aspek visual yang membantu untuk
menjadikan persembahan ini lebih menarik. Tiada bantuan teknologi terkini atau
kaedah suntingan yang  menarik untuk
dilihat. Ianya sekadar merakam sebuah persembahan, kemudian dipertontonkan
kepada khalayak. Fairul seharusnya mengaplikasikan teknologi dan kaedah
suntingan agar ianya sesuai dengan peredaran dunia teknologi masa kini yang
terarah dengan RI 4.0. Karya (dis)simulation mengangkat tema
kesunyian seorang lelaki dalam mendepani situasi pendemik ketika ini. Karya ini
dilihat lebih subtle. Setiap gerakan memenuhi ruang tamu. Dengan keunikan
koreografi yang dihasilkan oleh Kirby Dunnzell, hasil kerja beliau begitu
kompleks, cermat dan padat untuk mempamerkan kesunyian yang terjadi dalam
kehidupan sehari-hari sepanjang pandemik ini. Namun, karya ini juga dilihat
tidak berani mengaplikasikan kaedah yang lebih terkini memandangkan ianya
pre-recorded. Pelbagai kaedah-kaedah suntingan yang dapat diterokai dalam
menjalankan persembahan secara maya ini. Mungkin kedua-dua koreografer ini hanya
mahu melepaskan kerinduan membuat persembahan sahaja barangkali.
Namun, kedua-dua persembahan
ini jika dilihat dari aspek lain, ianya boleh ditonton. Muzik dan gerak tari
tidak menyatu dalam satu pola irama, namun menyatu dalam suasana. Saya kira
inilah kekuatan kedua-dua buah persembahan ini. Fairul mempamerkan keindahan malam
Kuala Lumpur dalam gerak yang cuba memecah kesunyian, menembusi batas
keheningan malam, melangkah dan bersatu dengan diri sendiri. Fairul juga
dilihat menggunakan props seperti kerusi, meja dan lampu tidur sebagai simbol
mengusir kesunyian. Ada dua fasa saya kira dalam persembahan ‘Lesson to
Remember’ ini. Fasa pertama adalah pasrah dimana
gerak tari dan dipamerkan seakan tidak bersemangat, menyerah dan gusar. Fasa
kedua adalah fasa meneruskan kehidupan. Fasa ini dapat dilihat setelah gerak sujud
dan menyembah serta mencium tanah. Inilah yang dikatakan meneruskan kehidupan
atau living with it (hidup bersama covid19). Pada pandangan
saya, jika persembahan ini ada menggunakan suntingan time-laps, kita akan lebih menghayati
rentetan peristiwa apabila ada perubahan cuaca dari senja ke malam untuk melihat
kedua-dua fasa yang saya nyatakan diatas tadi. Walaubagaimanapun, mereka berdua sudah menyalakan kesunyian di musim pandemik ini dengan cara mereka. Tahniah!
Tuntasnya, usaha sebegini ini harus dipuji.
Persembahan silang budaya ini pada saya amat penting diwaktu pandemik ini agar kita
boleh melihat hasil pengkarya-pengkarya dari luar negara dan bertukar pandangan. Usaha
Asia Duo Dance Company perlu diberi tumpuan dan galakan sewajarnya. Bukankah
seni itu melakar sejarah atau merakam sejarah yang berlaku? Kita perlu terus
berkarya dalam waktu-waktu pandemik ini walau apa jua caranya. Menyerah
bererti kalah, setidaknya mereka menunjukan bahawa mereka melakukan sesuatu. Tidak
ramai seniman atau pengkarya tari berkarya dimusim ini. Kebanyakan adalah hasil tugasan pelajar tahun akhir. Jika ada mungkin satu, dua? Apa sudah jadi seniman? Bangkit! Teruskan berkarya. Suara
seniman itu harus didengar. Persembahan ini berbaki 1 hari lagi  iaitu esok, jam 8.30 malam. Info lanjut: +60
16-685 6688 <o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
“Nobody
cares if you can’t dance well. Just get up and dance. Great dancers are great
because of their passion.” -Martha Graham<o:p></o:p>
Naque Ariffin,
Tanjung Malim, Perak.
<o:p> </o:p>
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-31239796216960169792020-01-20T13:18:00.001+08:002021-05-10T03:30:54.806+08:00Review: INTRIGUE, karya separuh-berani Pasca Malaysia Baharu
Nilai estetika dalam karya seni tari adalah hal yang sangat penting. Dari nilai estetika sebuah karya seni, seorang penonton dapat menikmati hal yang sukar dimengertikan dan memberikan sedikit petunjuk buat penikmatnya. Tari kontemporari termasuk dalam persembahan yang direka secara khusus untuk dinikmati nilai artistiknya. Estetika dalam karya seni tari tidak hanya dilihat dari gerak tari itu sendiri, tetapi boleh dilihat dari bermacam aspek seni yang lain sebagai unsur yang mengangkat konsep persembahan. Tari kontemporari di Malaysia sarat dengan isi kandungan dan juga turut mengangkat pemikiran koreografer. Sedikit atau banyak, pasti terpalit sedikit unsur peribadi dalam gerak yang dicipta.
Semalam saya berkesempatan menonton sebuah tari ‘Intrigue’ yang dipersembahkan oleh Fairul Zahid selaku koreografer dan penari, selain Azmi Zainal Abdden, Muhammad Fadly and penampilan khas, Dr Norzizi Zulkifli.
Saya sering menonton persembahan Fairul sebelum ini. Beliau antara koreografer yang bagi saya sering mengangkat isu-isu semasa dalam koreografi beliau seperti The King & I, AKTAB dan beberapa buah persembahan lagi. Dan seharusnya begitu. Seniman yang baik akan turun ke masyarakat dan merawat kebudayaan setempat. Itulah tugasnya. Akan tetapi, karya Intrigue kali ini seakan hilang arah, tidak masak dan banyak gerak tari yang diulang-ulang tanpa memberi penegasan tertentu. Saya akur, proses pembuatan karya tari sebenarnya tidak semudah membalikkan tapak tangan, ianya perlu pergolakan jiwa yang besar agar karya itu lebih hidup terutamanya karya kontemporari. Sebuah karya akan terasa lebih hidup jika ia berasal dari kejujuran yang dialami dan dirasai oleh pengkaryanya. Kemenangan hakiki bagi seorang pengkarya adalah apabila kita boleh membuat penonton ikut merasakan apa yang kita rasa dan apa yang kita tuangkan di dalam karya.
Fairul ada konsep yang besar namun pencernaan terhadap konsep itu kurang baik. Isu tipu muslihat, membunuh dan dibunuh dalam arena politik Malaysia tidak dikupas dengan jujur. Adakala Fairul seperti ingin melangkah tanpa mempedulikan birokrasi dan sebagainya, tetapi menarik langkah kebelakang semula. Takut barangkali? Bagi saya, jika anda sudah menggunakan suara (Tun M), perkataan, nama (Mazlee) dan isu (Pilihanraya) yang penonton tahu dan kenal orang itu berada di Malaysia, teruskan membongkar isinya. Anda bermain dengan isu politik, teruskan menjadi sebagai seorang redikal!
Berbalik kepada estetika, karya ini punya nilai estetika yang tersendiri. Tidaklah semuanya buruk tentang karya ini. Sebagai pendidik tari, saya yakin Fairul tidaklah semborono dalam melahirkan karya beliau. Dalam karya ini, Fairul menerapkan Teologikal dimana dia membezakan dua tahap pengetahuan iaitu satu berasaskan kepada penelitian fakta, dan satu lagi berasaskan pentafsiran fakta. Disini, seperti kata Socrates, fakta lebih cenderung kepada benda yang khusus manakala pentafsiran fakta lebih kepada idea yang bersifat umum dan universal. Fairul menggabungkan kedua-duanya dimana faktanya adalah Mazlee meletakan jawatannya sebagai Menteri, penafsiran fakta adalah gerak tari Fairul dengan meletakan surat-surat khabar di belakang badannya dan bergerak seperti bebanan yang berat dibahu. Segala gerak ini divisualkan dengan tenaga yang mantap, Fairul seperti masuk dalam dunia Mazlee, bekerja dan bekerja dan bekerja. Menaburkan bakti dan akhirnya apabila surat khabar itu di hempas, bererti dia akur dengan arahan pihak atasan. Dan jika dikaji lebih mendalam, kewujudan fungsi semantik juga telah terkesan dalam pertunjukan ini. Semantik adalah kaitan dari satu 'tanda' dengan ‘memaknakan’ sesuatu ‘tindakan’.
Disini juga Fairul menyelitkan pengetahuan beliau tentang performativity di dalam karya Intrigue ini. Performativity merupakan satu bentuk bahasa atau lebih tepatnya bahasa tindakan yang melengkapi eleman lainnya iaitu teks, imaj dan tubuh yang menjadi eleman utama dalam persembahan malam tadi.
Dalam bidang kajian persembahan, performativity mempunyai hubungan yang rapat dengan ideologi pascamoden. Merujuk kepada bentuk persembahan Intrigue, dari segi ‘teks’, Dr Norzizi Zulkifli tampil dengan vokal yang tidak pernah mengecewakan, membawa kita merasai sifat, keadaan dan situasi tekurung didalam penjara dangan tulisan-tulisan di batang besi penjara. Mungkin koreografer bergerak dari ayat ini “we are all clown”. Sifat dan sikap penari di atas pentas seakan bekerja atas arahan pemerintah yang berada dalam penjara. Ini menarik perhatian saya. Bagaimana orang yang diluar, mendengar arahan orang yang berada di dalam penjara. Macam pernah berlaku bukan? Hahaha… Fairul berani mengendalikan isu ini tetapi tidak begitu lantang. Seterusnya ‘imej’ yang dipaparkan melalui gerak bermain mentol lampu merupakan simbol harapan rakyat yang mahukan perubahan, imej gerak kerja berkempen dan selepas menang pilihan raya serta imej kerja-kerja yang tidak dihargai oleh orang atasan di pahat dalam setiap gerak tari Intrigue. Dan terakhir, adalah eleman ‘tubuh’ ini yang pada saya kurang masak. Koreografi Fairul tidak menggunakan kesemua fakta, dari segi teks dan imej yang disebutkan diatas tadi. Ianya ada, tetapi tidak menyeluruh.
Walaubagaimanapun, usaha berani ini harus dipuji. Tidak ramai seniman atau pengkarya tari sekarang ini berani memainkan isu seperti ini ketika perubahan kerajaan yang mungkin ‘murni’ bagi mereka. Teruskan usaha turun kepada masyarakat ini Fairul. Jangan gentar terhadap birokrasi kerana suara seniman itu harus didengar. Sebagai penutup, saya memetik dialog dalam filem White Night yang di inspirasikan dari buku The Great Russian Dancers:
“No metter what I try to do or explore, my expertise, and my background call me to return to dancing after all, because that’s my real vocation, and I have to serve it”
Naque Ariffin,
Kuala Lumpur.
20/1/2020
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-32714838744460924382019-01-25T05:41:00.002+08:002021-05-10T03:30:54.709+08:00 Simbol dalam Pementasan Teater Devised In/Out
seni berkomunikasi dengan manusia melalui potensi pancaindera dan sejauh mana
penonton memberi apresiasi terhadapnya. Melalui karya-karya yang dihasilkan,
kita boleh mengenali bentuk pengalaman, pemikiran dan perasaan seseorang samaada
pengarah, pelakon, penari mahupun koreografer. Mungkin ada benarnya kata-kata
asalmu’.
saya berkesempatan menonton sebuah Teater Devised In/Out yang dipersembahkan di
Pentas 2, KLPac. Karya ini merupakan arahan Ho Lee Ching.
Seni memang tidak terlepas dari simbol. Dalam mamahami simbol persembahan ini,
saya menggunakan pendekatan Suzzane K. Langer iaitu bagaimana simbol
menghubungkan keseluruhan penceritaan.<o:p></o:p>
adalah kata-kata, atau gambar atau objek/benda. Simbol terbahagi kepada dua iaitu simbol
pertuturan dan simbol persembahan. Kedua-dua simbol ini (dialog dan bunga)
jelas ada dalam persembahan ini. Tetapi saya lebih tertarik kepada simbol “bunga”
yang ada dalam pementasan ini dan merupakan ‘imej’ yang kuat sekali. Berbalik
graf diatas, ‘reference’ adalah
sesuatu fakta, pengalaman, denotasi yang bagi saya adalah merupakan pengalaman
serta kajian yang dilalui ketika proses devised.
Konsep pula adalah konotasi, idea, pikiran dan isu. Dan apresiasi saya
adalah persembahan ini mengangkat konsep kesedaran terhadap perbezaan.<o:p></o:p>
dalam buku Philosophy in a New Key, Suzzane K. Langer menyatakan bahawa sesuatu
simbol tidak mewakili objek, tetapi ianya adalah perantara yang bertujuan mewakilkan
objek untuk memahami konsep (menurut pemahaman saya setelah di alih bahasa).
Sebagai contoh, dalam persembahan ini ada menggunakan bunga sebagai simbol, tetapi
bunga itu bukanlah mewakili penceritaan sebenar persembahan ini. Konsep
persembahan ini berkisar tentang kesedaran terhadap sesuatu yang berbeza.
Berbalik soal bunga tadi, bunga telah menjadi perantara diantara ensamble-ensamble
yang berbaju coklat dan seorang gadis berbaju putih. Hanya dengan menggunakan
bunga, gadis berbaju putih dalam persembahan ini dapat diterima oleh ensamble
yang berbaju coklet.<o:p></o:p>
setelah tamat persembahan ini, barulah saya tahu sebenarnya ia berkait tentang
kesedaran dan penerimaan terhadap perbezaan (golongan autism) kerana adanya
sesi pembentangan dan soal jawab bersama ahli profesional dari Oasis Place. Ya,
sekurang-kurangnya saya dapat lebih awal tentang intipati yang ingin
disampaikan dalam karya ini iaitu meraikan berbezaan.
</o:p>
ensamble dalam bersembahan ini bersifat improvisasi dan dekonstruktif dengan
persembahan ini bagi saya telah mencapai estetika paradoks. Hal ini kerana,
pengarah telah berjaya mempotraykan:- bagaimana seorang pengidap autis memandang
seseorang manusia normal dan sebaliknya. Dalam persembahan ini, gadis berbaju
putih tadi adalah seorang autis, dan ensamble berbaju coklat adalah mewakili
golongan manusia normal. Tetapi, dari segi gerak dan perlakuan diatas pentas
seolah-olah mempotraykan bahawa golongan ensamble seperti pengidap autism.
Inilah yang mungkin cuba diangkat dalam persembahan ini berdasarkan kalimat:
in the sameness that I’ve always needed, I realised I was different.”<o:p></o:p>
Lee Ching telah berjaya merangkai adegan-adegan serta situasi komedi yang
sangat minima tetapi telah menimbulkan kesan katarsis di akhir petunjukan.
Beliau dalam tidak sedar telah memberi paparan realiti dalam bentuk imaginasi,
dan memupuk atau melatih penonton supaya berfikir tanpa perlu disuap secara
bulat-bulat dibalik gelak tawa.
Naque Ariffin,
KLIA,
25 JAN 2019
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-60093679065788955692018-04-12T00:49:00.002+08:002018-04-12T00:51:19.224+08:00Sedang dalam proses penyucian. will be back soon!Salam.
Disini saya nyatakan bahawa blog ini akan ditutup sementara atas sebab-sebab tertentu.
Jakarta,
12 April 2018.naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-36295512936015162332018-04-03T19:46:00.001+08:002021-05-10T03:30:54.582+08:00Teater Matte Love: Perangkap, Terperangkap dan Memerangkap.
Menurut pengamatan saya beberapa bulan terakhir ini, sebenarnya ramai peminat-peminat kesenian kreatif tumbuh di Kuala Lumpur/Lembah Klang. Akan tetapi satu hal yang kita lihat bahawa kenyataan perkembangan kehidupan dunia teater ini tidak secepat seperti apa yang kita harapkan. Masih banyak panggung pementasan yang tidak penuh dengan kehadiran penonton. Kehidupan kelompok-kelompok teater di Kuala Limpur/Lembah Klang pula dari dahulu bagaikan sampan di tengah gelombang:- sebentar muncul, sebentar tenggelam atau bagaikan pelita di tengah padang:- sebentar redup, sebentar terang kembali. Tetapi aneh bahawa ia tidak pernah tenggelam sama sekali atau mati.
Foote Samuel boleh dikira sebagai individu atau tokoh awal yang menggerakan persembahan monolog:- ‘The Diversion Of The Morning’ dan terkenal selepas menulis buku ‘The Rehearsal’. Di Malaysia pula, tidak banyak catatan atau naskah monolog yang berdiri sendiri dan yang diangkat untuk perkembangan teaterikal ini. Yang ada kebanyakannya adalah naskah-naskah monodrama. Universiti Sain Malaysia (USM) pernah mencatat rekod Malaysia dengan mementaskan Teater Monolog terpanjang dengan durasi selama enam jam dilakonkan oleh Azhar Abd. Jalil pada tahun 2010. Khalid Salleh juga pernah mementaskan Teater Monolog Jual Ubat di lapan stesen kereta api di Malaysia. Pada mulanya, monolog hanya berdiri di dalam sebuah adegan yang ada dalam drama pentas:- dialog yang panjang. Monolog lebih kepada kata-kata yang dilontarkan oleh seorang pelakon yang mungkin ditujukan kepada orang lain. Kata-kata ini lahir dari hati dan diceritakan kepada penonton. Kepanjangan monolog bergantung kepada situasi dan ia bersifat tidak lengkap.
Beberapa hari lalu saya sempat menonton sebuah pertunjukan seni. Pesta Monolog. Ya! Gabungan dari satu monolog ke monolong yang lain. Sekitar 6 orang pelakon dan 6 orang pengarah menjayakan pertunjukan ini. Yang menarik perhatian saya adalah: ini adalah naskah monolog, tidak ada interaksi sesama pelakon lain tetapi ada jalinan yang dikaitkan oleh penulis sehingga ia menjadi satu cerita yang penuh dan menarik.
Matte Love merupakan naskah terbaru Khairuznazwan Rodzy. Matte Love diterjemahkan oleh saya sendiri sebagai “cinta yang pelbagai warna” memandangkan didalam kamus urban telah meletakan perkataan “matte” ini sebagai ‘warna’ kepada tatarias. Hal ini bukanlah teatang terjemahan yang secara terus atau harfiah. Ianya berkaiatan dengan kisah cerita yang ada pada setiap watak dalam naskah ini. Matte Love benar-benar bercerita mengenai cinta pelbagai warna dan permasalahan dalam cinta. Jika anda membaca atau menonton naskah-naskah tulisan Khairunazwan Rodzy, beliau bukanlah asing dalam isu ini. Pelbagai naskah cinta telah dihasilkan dan kesemua kisah cinta yang berlainan seperti Perempuan-Perempuan Seorang Wali, Pokok Kelapa Sayang, Senapas, Ratna Kadhal dll. Matte Love dipentaskan dibawah program Projek Bilik Sempit pada 29 March sehingga 1 April 2018, di Revolution Stage.
Sebenarnya tidak banyak yang boleh dikupas dalam persembahan ini. Ianya sebuah persembahan yang kemas. Bermain di peringkat selamat. Tidak cuba untuk memandai-mandai dan tidak pula berlebihan atau berkurangan. Memandangkan semua ahli produksi terlibat dibawah kelas lakonan dan pengarahan yang dikelolakan oleh Revolution Stage, saya kira mereka mendapat pendedahan yang khusus dalam dunia kesenian, teater terutamanya. Cuma terdapat beberapa komentar jujur yang perlu saya huraikan terhadap persembahan ini melalui tontonan saya minggu kelmarin.
Pengarahan dan Lakonan.
Pentas disajikan dengan set dan prop yang begitu minimalis. Terdapat kerusi dan bongkah kayu tetapi ianya tidak dimanfaatkan secara efektif dan total oleh pengarah. Pengarah juga kurang memaparkan aksi-aksi pentas yang memberikan siginifikasi terhadap aksi dramatik.
Lakonan monolog amat mengutamakan watak utama monolog tersebut untuk menggerakkan cerita. Pelakon banyak dibantu oleh elemen artistik seperti lighting, audio, setting dan props memandangkan tiada rakan lakon. Kita sering dengar dengan kalimat ‘play with your costum’, ‘feel the lighting’ dan lain-lain. Sebenarnya inilah yang membantu imaginasi pelakon untuk membantunya menterjemahkan watak yang dimainkan. Dalam pementasan ini, aspek-aspek yang saya sebutkan diatas kurang diterapkan dalam pengarahan. Jika ada, hanyalah dalam 2 pengarahan dari 5 pengarahan itu. Oh ya, kami di beritahu pada malam pementasan (1 April), seorang pengarah dan seorang pelakon tidak dapat beraksi kerana ada masalah yang tidak boleh dielakan, tetapi hal itu tidak mengganggu penceritaan dan persembahan. Jadi pementasan ini dipentaskan dengan 5 pelakon dan 5 pengarah sahaja.
Kemampuan barisan pelakon untuk menjaga tempo permainan, kesedaran terhadap prop memuaskan sebenarnya. Kita melihat par lakonan masing-masing dalam graf yang sama. Tidak ada yang terlalu baik dan tidak pula gagal. Tetapi untuk pengarahan, terdapat beberapa perbezaan. Pelakon biasanya mempunyai teknik dan pendekatan tersendiri untuk mejayakan sesuatu watak. Namun pelakon juga terpaksa akur akan kehendak pengarah bagi mencorakkan watak tersebut. Dari persembahan pertama hingga ke empat, pengarah menggunakan apa yang melekat di tubuh pelakon sebagai props atau alat bantu. Tetapi tidak untuk arahan yang ke -5. Pelakon yang kelima masuk ke pentas dengan bantuan props yang lain. Samaada pengarah tidak percaya pada kemampuan imaginasi pelakon, atau pelakon tidak mampu meyakinkan pengarah dengan lakonannya sehingga menggunakan props bantuan yang lain. Harus di ingat, ini adalah sebuah kerja kolaborasi untuk menjadikan ianya satu persembahan. Saya kira jika ianya berjalan dalan satu konsep, sudah tentu persembahan ini menjadi sangat konseptual.Samaada pengarah yang ke-5 ini terlalu kreatif atau pengarah yang lain tidak memikirkan hal itu. Apapun kembali kepada yang saya katakana diatas, kerja kolaborasi adalah satu kesatuan.
Tidak cukup hanya naskah yang bagus, pembawakan pelakon seperti gesture, cara watak bercakap, dan detail-detail lain juga harus diperhatikan agar apa yang ingin disampaikan oleh naskah itu sampai kepada sasaran. Pelakon yang bermain dalam naskah ini boleh dikatakan amatur tetapi mempunyai potensi yang besar dalam bidang lakonan. Tidak dinafikan, ada diantara mereka yang ada masalah pada penyebutan, fokus, pernafasan dan sebagainya. Tetapi untuk berada di tahap kelmarin, saya fikir mereka sudah cukup berani memandangkan ianya sebuah naskah monolog yang memerlukan semua eleman yang saya sebutkan diatas.
Hal ini kerana, dari poster juga ianya sudah memberi gambaran sangkar. Saya rasa ianya adalah sebagai perlambangan perangkap/terperangkap. Beralih ke ruang pementasan pula, setnya juga dalam sebuah kotak yang punya halangan seolah-olah perangkap. Setiap watakyang ada dalam naskah ini, mereka sebenarnya telah terperangkap. Adik perempuan yang terperangkap dalam imaginasi dan angan-angan, seorang kakak yang terperangkap dalam dunia glamor, abang yang terperangkap dalam kehendak sosial, adik lelaki yang terperangkap dalam Hypersexuality Disorder, dan seorang kawan lelaki yang terperangkap dalam nafsu sonsang. Saya lanjutkan lagi, kita dapat melihat bagaimana media sosial sebenarnya adalah perangkap bagi watak (akak) yang terlalu khusyuk hingga (abang) terperangkap kerana terkenalnya watak si akak itu di media sosial dan bagaimana watak (kawan) memerangkap abang yang sedang bermasalah dan perlukan bantuan tetapi punya agenda yang lain. Jika semua pengarah dan pelakon sedar dan faham hal ini, mungkin mereka mampu menolak kreativiti masing-masing dalam membaca sub-teks dan hal-hal yang lain dalam naskah yang punya plot yang begitu kompleks ini untuk menjadikan persembahan malam itu mampu diingati.
Form atau pementasan seperti ini akan diadakan lagi dengan naskah yang berbeza iaitu “Silent Killer” juga tulisan Khairunazwan Rodzy pada 4-8 April 2018 di Revolution Stage. Kita lihat apa pula tawaran yang diberikan oleh beliau dalam naskah terbaru ini. Tahniah Revolution Stage kerana masih dan terus mewarnai industri teater tanah air.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-25257523162992701632018-02-12T03:05:00.002+08:002021-05-10T04:06:39.840+08:00Teater Normcore: Sebuah Percubaan...?
Teater Normcore hadir dengan dua naskah baru: Tiada Cinta Selama Muda dan Matinya Seorang Birokrat. Tidak saya pungkiri bahawa kedua-dua naskhah yang di pentaskan di RAW Art Space, 8.30mlm tadi agak baik. Gaya tulisan yang sangat analatikal, pendekatan gaya bahasa yang direct, tepat dan witty. Jarang kita dihidangkn dengan naskah-naskah yang punya cerita dan penyampaian yang begitu sebati/realistik di era ini. Mungkin ini adalah forte Ridhwan Saidi memandangkan beliau seorang penulis, tetapi tidak sebagai seorang pengarah pada pandangan saya.
Pengarah adalah pemimpin para pemimpi. Pemimpi di sini adalah pelakon itu sendiri. Dalam kedua naskhah ini, pemain tidak mampu menggapai mimpi-mimpi Ridhwan di dalam tulisannya. Masalah terbesar dalam pementasan ini adalah susun atur (blocking), eksplorasi ruang dan arahan pentas (pengarahan). Stanislavski pernah bilang, tidak ada apa pun, atau seorang pun yang boleh mencipta seorang pengarah, kerana pengarah itu “dilahirkan”. Saya di fahamkan ini merupakan pengarahan pertama beliau dalam mengarah/mementaskan teater dan beliau mengarahkan naskhah tulisan sendiri. Ianya sebuah permulaan yang harus! Kerana ianya sebuah percubaan yang...?
Sebenarnya mudah bila seseorang pengarah mementaskan naskhah sendiri kerana beliau dapat membaca pemikiran penulis, dalam kes ini diri beliau sendiri. Tidak keterlaluan saya katakan Ridhwan Saidi adalah seorang pengarah yang “dihasilkan”. Pengarah yang dihasilkan di sini adalah mereka yang sekadar memiliki bakat menulis, dan menampilkan dirinya sebagai pengarah kolektif, umum dan membawa pemikiran sendiri dan dipilih komiti menurut Stanislavski. Pengarah yang dihasilkan tidak mampu mencipta sejumlah pemain (pelakon) dan sekaligus menyatukan naskhah dan pementasan mengikut pemikiran si pengarah. Yang dilakukan hanyalah mengadakan sebuah pertunjukan. Itu sahaja. Sama seperti Rohaya Atan, naskhah-naskhah penulisan beliau seperti Pelayaran Nur Athma merupakan naskhah yang membawa halwa feminis yang baik. Tetapi ketika beliau mementaskan naskhah tulisannya, hilang dan kabur semua pemikiran naskhah itu. Mungkin sebab itu beliau fokus kepada kerja-kerja penerbitan teater.
Hal ini terlalu berbeza dengan terma pengarah yang ‘’dilahirkan”. Contoh yang mudah adalah Grotowski dengan teater miskinnya, Boal dengan teater tertindasnya atau Antonin Artaud dengan teater kejamnya. Ini tidak perlu di bahas lagi. Jelas dan nyata. Di Malaysia, kita melihat bagaimana Nam Ron dilahirkan dalam gelombang teater eksperimen melalui karya Tanda dan Arifwaran dengan teater fizikal Meta-M. Kita melihat bagaimana dua pengarah ini tidak sekadar mementaskan naskhah, tetapi mencipta sejumlah pemain (pelakon) dan dengan sendirinya naskhah dan pementasan akan mengikutnya. Bagi saya, tiada apa yg ditawarkan dalam pementasan ini selain naskhah yang baru dan agak bermutu.
Untuk karya pertama, saya merasakan seperti berada diruang ‘reading play’. Sekadar membaca dialog. Pada awalnya kelihatan seperti aktor memegang konsep stillness dalam lakonan. Tetapi tidak konsisten. Mungkin beliau memegang konsep minimalis, tetapi kehilangan kesan teaterikal. Tidak banyak yang boleh dibincangkan dalam pementasan pertama.
Untuk karya kedua, saya lebih memandang kepada imej. Berbicara tentang imej, imej yang dipilih Ridwan tidak memberi peluang kepada penonton untuk berfikir apabila semua aksi divisualkan. Pemilihan imej tidak boleh lari dari kewujudan semeotik dan semantik. Untuk lebih mendalam, aksi/imej ini saya cuba membaca kehadiran semantik. Kewujudan fungsi semantik hadir, tetapi tidak berkesan sepenuhnya dalam pertunjukan ini. Semantik adalah kaitan dari satu 'tanda' dengan ‘memaknakan’ sesuatu ‘tindakan’.
Contoh dalam pementasan ini adalah bilamana wujudnya ‘bunga’ (imej) tetapi tidak memberikan ‘makna’. Bila pelakon mengalihkan bunga itu ke tepi pentas, ianya tidak memberikan makna pada sesuatu ‘tindakan.’ Alangkah baiknya jika imej itu dipaparkan seperti: pelakon membawa bunga ke tepi mayat tadi dan keluar pentas tanpa melakon kan aksi dibunuh. Untuk babak pembunuhan, jika sekadar suara halus yang terkeluar dari belakang tirai lebih meninggalkan kesan dari pancutan warna merah ke tirai. Bagi saya imej atau aksi ini lebih berkesan. Saya sudah boleh mengagak pelakon yang itu akan mati dari awal cerita lagi memandangkan kostum recycle putihnya sudah ada kesan darah dari awal cerita. Inilah yang dikatakan kekuatan imej yang membawa kesan dan memberi penonton berfikir. Memandangkan pertunjukan ini begitu minimalis, saya kira kaedah sebegitu lebih sesuai. Imej tidak sekadar dipotraykan sahaja di atas pentas tetapi harus memaknai sesuatu tindakan. Aksi pelakon di tampar juga boleh dikira sebagai imej. Imej yang meninggalkan kesan pada memori (memory images). Imej bukan sekadar prop dan pencahayaan sahaja.
Sebenarnya, corak permainan double bill ini bukanlah sesuatu yang baru. Isu yang diangkat pun biasa. Tahun 2010-2013 konsep sebegini setiap minggu dipentaskan di Stor Teater DBP. Kita melihat bagaimana kelompok teater di Kuala Lumpur tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Kirin Mohamad dan Amar Asyraf adalah orang yang begitu tegar mementaskan isu-isu dan corak permainan seperti malam ini. Jika bercakap tentang sistem feudalisme. Fasyali Fadzly pernah hadir dengan karya Juta-Juta di Stor DBP. Mungkin ianya baru bagi mereka yang baru berjinak meminati dunia teater, tetapi saya menjangkakan lebih dari itu kerana nama Ridhwan ini begitu kuat limelight lewat media eletronik dan media sosial ketika saya berada di Jakarta tahun lalu. Baru hari ini saya sempat menonton karya beliau. Ternyata saya yang normcore (peka terhadap benda yang biasa).
Seterusnya, lakonan malam ini tidak meyakinkan. Harus diingat, 80% kejayaan seorang pengarah terjamin sekiranya pemilihan aktor yang tepat. Mungkin saya yang terlepas pandang, tetapi barisan para pelakon dalam teater arahan beliau terlalu diatur. Tidak memegang kepada rasa. Lakonan yang sangat rigid. Terikat. Sebab itu saya menanyakan soalan, sejauh mana beliau mengawal pelakon dalam konteks sebagai seorang pengarah? Ini kerana ada diantara pelakon beliau saya pernah tonton permainan mereka dan agak memuaskan. Tetapi tidak dalam karya ini.
Ketika menonton, saya terfikir tentang Brecht. Epic theatre. Tentang bagaimana lakonan itu tidak perlu ada “the 4 walls”. Beliau suka terhadap the chinese opera. Bagaimana pelakon lepak di tepi panggung dan bila giliran pelakon bangun dan masuk ruangan lakon. Transisi dari duduk minum teh dan merokok di tepi panggung dan masuk ke ruangan lakon. Mungkin ini yang ingin di sampikan oleh Ridhwan bila memilih tirai yang transparent. Ini ada dalam bentuk persembahan beliau. Membenarkan pelakon dilihat walau berada diluar ruang lakon. Mungkin Ridhwan boleh mengaplikasi teknik sebegitu terhadap pelakonnya dari meminta pelakonnya ‘berlakon’.
Pelakon ini boleh dikatakan seperti sepotong tanah liat, sepatutnya harus merasa dan mengikut tekanan jari pengarahnya ketika mengukir sebiji labu sayung. Bagi pengarah pula, tidak semua tanah liat sesuai untuk di buat labu sayung. Kira-kira begitulah analoginya. Ini bukanlah sebuah pementasan penilaian pelajar. Ianya sudah melangkah ke alam profesional. Saya kira Ridhwan selaku pengarah perlu memikirkan juga tentang pemilihan barisan pelakon sekiranya ingin mementaskan lagi teater. Dan saya masih ingin membaca naskah tulisan beliau kerana senang dengan penyampaian yang begini.
Konklusinya, saya memutuskan untuk kembali kepada poster, iaitu teater ‘normcore’. Mungkin Ridhwan melanggar semua terma yang saya sebutkan diatas, mengakibatkan pementasan ini anti-genre. Jika ini benar, beliau telah berjaya mementaskan teater yang anti-genre. Usaha berterusan Ridhwan ini harus dipandang serius dan dipuji. Beliau secara konsisten menyemarakan lagi pementasan di Kuala Lumpur khususnya dan Malaysia am-nya melalui Teater Modular 1&2 dan Teater Normcore. Kita memerlukan penggiat-penggiat seperti ini untuk terus meraikan industri teater di Malaysia.
Tahniah kepada seluruh ahli produksi.
Naque Ariffin,
Restoran Pelita Bangsar (2.30 am),
12 Februari 2018.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-199890501485861382017-10-19T06:53:00.004+08:002021-05-10T04:21:15.256+08:00Nota Kaki Untuk Filem Tombiruo: Penunggu Rimba.
<o:p>
</o:p>
<o:p></o:p>
(Ini bukanlah sebuah review ilmiah untuk sbuah filem besar seperti Tombiruo. Ianya hanyalah seperti penulisan nota kaki, santai, tetapi penting.)
Sebelum penulisan ini pergi secara terperinci mengenai filem Tombiruo: Penunggu Rimba, saya ingin memberi sedikit penjelasan mengenai sebuah filem adaptasi dari novel. Biarlah tulisan ini nanti membuka minda dan memberi sedikit gambaran bahwa melakukan kerja-kerja adaptasi dari novel ke filem bukanlah sesuatu yang mudah. Memandangkan pengkarya filem dan penonton hari ini terlalu ghairah membuat dan menonton hasil kerja adaptasi dari novel ke filem, saya ada sedikit pencerahan apabila penonton mengatakan bahwa “tidak sama seperti yang terdapat dalam sebuah novel.”
Hal ini amat mustahak untuk mendidik penonton dan pembaca novel, malah mungkin buat pengarah filem yang ingin membuat proses adaptasi dari novel ke filem. Saya anggap pencerahan ini satu fardhu kifayah buat saya. hahaha. Saya teruskan.
Filem adalah sejenis seni yang masih muda jika dibandingkan dengan sastera. Filem tidak boleh diukur dan dinilai seperti apa yang diterapkan di dalam novel atau satera. Inilah perkara awal dari kekeliruan penilaian terhadap filem. Berbeza dengan novel, filem tidak boleh hanya dinilai dari analisa formal seperti pelakon, latar dan plot tetapi harus dipertimbangkan berdasarkan ciri-cirinya sebagai gambar yang bergerak,bukan seperti rangkaian huruf di dalam novel. Huruf-huruf atau perkataan yang ada di dalam novel akan menyarankan gambar-gambar tertentu yang hanya ada dalam fikiran kita, sedangkan gambar bergerak yang ada di layar menyarankan ‘pemikiran’ yang ada dibalik gambar itu. Disini lah letaknya perbezaan yang dalam antara sastera dan filem. Disini jelaslah setelah novel menjadi filem, kedua jenis seni ini bertentangan. Saya harap sesudah ini tidak ada lagi pengkarya menjawab soalan penontonbahawa ‘jika dibuat satu novel tidak cukup masa”, “kami memilih babak-babak yang penting” dan sebagainya. Sesudah melalui proses alih wahana, saya tegaskan disini sekali lagi kedua-dua kesenian ini adalah berbeza. Apabila dipindahkan ke medium filem, pengarah mempunyai ‘artistic license’ untuk mencorak kayra yang sudah di adaptasi.
Sinopsis:
“Filem ini mengisahkan tentang Tombiruo iaitu mahkluk yang dikatakan memiliki kesaktian untuk menguasai hutan. Tombiruo adalah pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia namun sekaligus seorang yang bertanggungjawab dan dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sentiasa memakai topeng untuk menyembunyikan kemelut dan kesepian di kalbunya.”
Ada beberapa perkara yang mungkin dianggap kecil oleh produksi, tetapi besar bagi mata seorang pengkritik mahupun penonton. Saya akur bukanlah mudah untuk membuatkan sebuah filem, tambahan pula filem epik dan aksi seperti ini, tetapi ini bukanlah alasan untuk tidak pergi lebih terperinci memandangkan pihak produksi telah melabur dan memerah keringat untuk menjayakan filem ini. Sayang jika finishing dilakukam dengan kesalahan remeh atau tidak sepatutnya.
1) Latar
i. Tempat:
Saya tidak percaya bahawa ianya berlaku di dalam sebuah hutan yang tebal, dan Tombiruo bukanlah Penunggu Rimba jika dilihat dari sudut latar cerita ini. Walaupun beberapa kali kelihatan ‘establish shot’ yang memaparkan Gunung Kinabalu, saya tetap mengatakan ianya seperti Hutan Simpan Bukit Nenas dek kerana atmosphere yang dipamerkan didalam filem ini.
ii. Masyarakat
Populasi masyarakat yang tinggal di Sabah melebihi 3 Juta orang, mempunyai 25 buah daerah, dan terdapat lebih daripada 20 etnik. Persoalan saya mengapa ketika babak di perkuburan, ianya tidak memaparkan sebuah pengkebumian? Harus diingat, seorang adik kehilangan abang, 2 orang anak kehilangan ayah, seorang suami kehilangan isteri, seorang isteri kehilangan suami. Mereka ini tidak punya kaum keluarga dan sahabat handai kah? Apa yang boleh saya rumuskan, masyarakat dalam drama Tanah Kubur lebih ramai berbanding latar sebuah negeri antara yang terbesar di Malaysia ini. Inilah yang dikatakan merosakkan unsur-unsur keindahan estetika (appearance, content, substance dan presentation).
Terdapat satu lagi masalah besar apabila kita bermain dengan nombor. Menurut dialog yang di lontarkan oleh Tan Sri Berham, terdapat 10 ribu orang yang harus dipindahkan jika projek empangan itu di laksanakan. Tetapi masyarakat yang hadir untuk merusuh, tidak melebihi 100 orang. Dan shot tidak membantu menegangkan situasi. Terlintas di fikiran saya bahwa pernah berlaku bantahan besar-besaran dan sekurang-kurangnya 500 orang warga Baram, Sarawak yang hadir ketika membantah pembinaan Empangan Baram dihadapan Tan Sri Adenan Satem 2015.
Sebentar! Ini sesuatu yang menarik! Terdapat satu kaitan yang boleh dijalinkan di dalam novel tulisan Ramlee Awang Murshid ini. Memandangkan beliau sendiri merupakan warga kepulauan Borneo, mungkin situasi dan keadaan sekeliling telah membawa kita menyelami permasalahan yang cuba di sembunyikan media massa kini dan isunya Masih relevan untuk masa kini walaupun novel asalnya sudah ditulis 20 tahun yang lalu.
Realiti dan Fiksi.
Empangan Baram : Realiti
Empangan di Keningau: Fiksi
Tan Sri Adenan Satem: Realiti
Tan Sri Berham: Fiksi
2) Kekemasan
Persoalan saya hanya satu. Bagaimana kumpulan tatarias mendefinasikan “lelaki yang tidak berwajah manusia” untuk watak Ejim? Terdapat banyak kebocoran dari aspek kamera ketika mengambil shot wajah Ejim ini. Walaupun bertopeng, saya masih boleh melihat Ejim mempunyai biji mata, kawasan bawah mata yang sempurna, dahi yang sempurna tanpa sebarang cela, dagu seperti manusia. Tidak mungkin pada bahagian tulang pipi terdapat Jin yang bertenggek memandangkan topeng yang dipakai Ejim sangat rata permukaannya. Atau mungkin ada pada bahagian bibirnya yang ada emas 24 karat yang penuh. Ini kerana lontaran suara Ejim dan penggunaan vocal atau sebutannya tidak jelas. Itu sahaja bahagian yang saya rasa logik jika dikatakan dia tidak berwajah manusia. Persoalan saya, apakah terjemahan “lelaki yang tidak berwajah manusia” itu bagi krew tatarias? Ejim adalah Penunggu Rimba dan mempunyai kuku jari yang licin? Apakah? Mengapa tidak dicalitkan sekurang-kurangnya ‘kryolan negro 2’ pada permukaan muka Ejim sebelum dipakaikan topeng. Inilah perincian yang saya sebut dan di atas tadi.
Pemilihan Novel Yang Tepat Untuk Diangkat Ke Layar Perak.
Sebenarnya, kita beruntung kerana berada di Asia. Jika dikaji secara mendalam, hanya Negara- Negara di lingkungan Asia sahaja yang mempunyai banyak tradisi serta citra nusantara yang masih dikaji oleh bijak pandai sehingga hari ini. Sebenarnya, kita tidak perlu untuk membuat cerita robot-robot yang beterbangan dan berdiri gagah di kota Kuala Lumpur kerana Amarika atau lebih tepatnya Hollywood tidak mempunyai budaya yang unik untuk di tampilkan dalam filem mereka. Oleh sebab itu mereka mencipta budaya. Memang benar kita amat ketinggalan jauh jika di bandingkan dengan mereka dari segi teknologi serta aspek pembikinan sesebuah filem, tapi dari aspek cerita, kita mampu menang dari mereka. Tahniah Tombiruo, sebuah citra nusantara tercurah didalam filem ini. Kisah penyatuan uri didalam satu bekas, kuasa alam semulajadi, perebutan harta, percaya kepada kuasa dukun dll adalah citra nusantara yang terdapat dalam filem ini. Walaupun kini kita muntah dengan adaptasi novel cinta ke layar perak dan kaca, ternyata Tombiruo adalah pemilihan yang berani. Syabas!
Permasalahan terbesar bagi saya adalah: untuk kes ini saya menyokong slogan ‘asia untuk asia’ yang digunakan Jepun semasa menjajah tanah melayu. Bagi saya, emosi cerita ini lebih mengalir lebih indah jika “rasa” itu dibawa oleh seorang pengarah dari nusantara. Harus di ingat, sebab buah di kenal pohonnya. Saya tidak menafikan hasil kerja pengarahan Seth Larney sebelum ini, tetapi apalah ertinya keindahan jika tidak dapat dirasai. Tombiruo sebuah filem yang indah. Ini tidak dinafikan. Tetapi penggunaan high speed shot yang berlebihan dan menjengkelkan, kesan khas CGI yang tidak kemas, tidak ada moment ketika babak-babak sedih dan yang paling terang, kemana plot Tombiruo ini ingin pergi? Pasal hutan atau mencari saudara kembar? Ini sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam terhadap filem ini.
Namun tidaklah semua aspek dalam filem ini teruk. Pujian harus diberikan pada pemilihan barisan pelakon-pelakon yang berada di papan ke dua ketika nama pelakon ditampilkan seperti Farah Ahmad, Faizal Hussin, Datin Marlia Musa malah pelakon pembantu ketika babak rusuhan di kampung yang melihat kejadian Tombiruo melibas parangnya pada Wong juga bermain amat baik.
Farah Ahmad menampilkan the beauty of imperfection dalam watak lakonannya. Cara beliau mempotraykan Monsiroi/Bobolian sangat kemas dan membuatkan penonton percaya dan saya tertanya-tanya, siapakah Penunggu hutan sebenar di dalam filem ini? Monsiroi atau Tombiruo? Ini kerana, semangat hutannya lebih jelas.
Faizal Hussin tidak perlu diuji. Saya pernah menonton seorang aktor melayu melakonkan watak pemuda tamil dalam sebuah teater. Walaupun beliau tidak mengerti atau perkataan itu lansung tidak wujud, beliau membuat penonton percaya. Begitu juga Faizal, saya tidak pasti loghat Sabah beliau kena atau tidak, tetapi lakonannya telah menutup kecatatan loghat beliau jika ada penonton dari Sabah mengatakan ianya tidak kena.
Datin Marlia Musa membawa peranan Bonda sungguh subtle dan tidak berlebihan walaupun beliau seorang terpangkat Puan Sri dalam filem ini. Kita sering dihidangkan dengan lakonan Datin, Puan Sri, Toh Puan yang berlebih-lebihan dalam filem dan tv, tetapi tidak dalam filem ini. Babak terakhir ketika beliau dan anak perempuannya akan membuatkan anda rindu terhadap ibu anda. Apakah ini petanda awal beliau akan kembali memeriahkan industri lakonan setelah Ranjau Sepanjang Jalan?
Tahniah Untuk semua Ahli Produksi Tombiruo. Ada nafas baru dalam industri perfileman Malaysia.
Bintang: 4/5
Naque Ariffin,
TTDI,
19 Oktober 2017.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-12013338039429870732017-08-06T19:55:00.001+08:002021-05-10T03:30:54.228+08:00Review: Jelmaan Robert Wilson dan Martha Graham Dalam LANGKAU 2017
Dalam jagat teater di Malaysia, istilah teater rupa (theatre of visuals) adalah sangat asing bagi penonton mahupun pembikin-pembikin teater era postmodern abad ini. Bukan sahaja asing, malah belum ada kesedaran untuk menjadikan ianya semacam gaya atau aliran teater yang wajib ditonton.
Review kali ini akan lebih menjerumus terhadap konsep persembahan dan tidak pergi secara terperinci terhadap lakonan mahupun teknikal.
"LANGKAU- An evening contemporary performance" amat mendekati aliran teater yang dipopularkan oleh Robert Wilson yang sering hadir dengan "theatre of visuals" atau "theatre of image" sekitar awal 1970-an.
Dalam bidang tari pula, awal-awal pembabitan Martha Graham lebih kepada gerak yang signifikan, dan bukan liuk lentok atau lemah gemulai. Martha cenderung dan sukakan gerak yang penuh dengan makna batin dan keghairahan yang mengejutkan dari segi emosi dan spiritual.
Dua gabungan tokoh kontemporari ini bagi saya mungkin telah memberi ilham terhadap proses pembikinan LANGKAU, memandangkan ianya sebuah karya kolaborasi antara pensyarah teater dan tari dari ASWARA.
LANGKAU 'hidup' di atas pentas 2, KLPac dengan gestur rupa tubuh yang dikoreografikan, gerak yang punya simbolik, tekstur suara/muzik yang di komposisikan dan lighting (pencahayaan) sebagai tata rupa paling penting dalam konsepsi teater visual dengan tujuan utama untuk menggapai puncak estetika bagi penonton. Selain itu, LANGKAU telah menyatukan drama non-naratif (membuang rangkaian plot linear) dengan aspek sinografi bilamana menghasilkan visual, suara, musik dan kesuyian dalam diri dengan berkomunikasi melalui bahasa tubuh.
Gerak yang dipamerkan dalam LANGKAU pada Ahad, jam 3.00ptg tadi telah menggenggam sebuah ritma dan strukturnya sendiri. Gerakan yang dipamerkan tidak mengikut teks (apa yang diucapkan) dan gerak yang dicipta telah memperkukuhkan lagi teks tanpa menjadi penghias bagi teks tersebut. Dalam kata mudah, gerak yang dicipta tidaklah sebagai gerak tari yang mengikut tempo muzik, sehingga menjadikan apa yang didengar dan apa yang dilihat adalah dua lapisan yang berbeza. Ketika dua eleman ini disatukan, maka inilah yang disebut kontemporari bagi pendapat saya.
Sebenarnya ini merupakan pengalaman kedua saya menonton LANGKAU. Ianya pernah dipentaskan tahun lalu di Blackbox, Aswara. Apa yang memanggil saya untuk menontonnya sekali lagi adalah 'An evening contemporary performance' yang dipamerkan di ruangan jemputan muka buku (facebook). Kontemporari merupakan cabang dari era Postmodernisme. Postmodernisme itu sendiri khususnya dalam dunia teater sangat bergantung kepada pemahaman serta persepsi individual kerana sehingga kini belum memiliki definisi yang pasti. Mungkin dalam persembahan LANGKAU, mereka telah menjauhi hal-hal yang tradisional dalam teater, baik dalam bentuk format mahupun presentasinya di atas panggung. Atau LANGKAU telah menentang estetika teater konvensional sehingga mengizinkan penafsiran yang pelbagai. Dalam hal LANGKAU, semiotik (lapisan-lapisan tanda dalam gerak dan video) bersifat dekonstruktif dengan memberikan peluang kepada penonton membuat pelbagai tafsiran. Jika benar maksud dan tujuan persembahan ini di pentaskan semula, maka LANGKAU telah berjaya mementaskan sebuah persembahan kontemporari yang begitu konseptual.
Cuma ada beberapa hal yang perlu dititik beratkan ketika mementaskan semula sebuah persembahan. Persembahan LANGKAU sebelum ini sudah kompleks menurut saya. Saya faham keghairahan untuk mencari penambah baikan pada show yang sebelum ini. Ada beberapa penambahan untuk persembahan kali ini, ianya seperti meleret sedikit dari yang sebelumnya ( ada energi dari segi vokal tetapi pacing agak perlahan). Saya teringat sebuah peristiwa di sebuah restoran mewah di Jepun pada awal 2015. Saya membawa sambal ikan bilis dari Malaysia. Saya ditegur kerana menurut pelayan restoran itu, makanan yang dihidangkan sudah cukup ramuannya. Saya fikir ini adalah salah satu alasan mengapa ada beberapa restoran melarang membawa makanan dari luar. Untuk mengekalkan rasa yang sudah cukup ramuannya. Bila menambah ramuan lain, mungkin ianya merubah sedikit rasa. Ini hanyalah sebuah analogi. Sama halnya dengan makanan, setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri. Perbandingan akan sentiasa wujud. Inilah sebenarnya cabaran untuk mementaskan semula sesebuah persembahan yang sudah mencapai par yang tinggi. Tetapi ianya tidaklah merosak kan keseluruhan persembahan LANGKAU yang dipentaskan semula atas permintaan ramai ini. Syabas dan tahniah untuk semua ahli produksi.
Naque Ariffin,
Parking lot KLPac / Bangsar South
6 Ogos 2018.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-90007378495939148892017-06-07T04:54:00.000+08:002021-05-10T03:30:54.132+08:00Review: Setan Jawa- Filem Bisu Yang Menjerit
Sumber foto: https://twitter.com/setanjawamovie
Sinopsis.
Ceritanya mudah, iaitu tentang cinta antara dua darjat. Antara rakyat jelata dengan golongan atasan/bangsawan atau lebih mudahnya antara yang miskin dan yang kaya. Cinta pandang pertama yang berlaku di pasar membuatkan Setio jatuh cinta terhadap Asih, seorang puteri golongan bangsawan.
Hasrat Setio memperisterikan Asih dibalas dengan tindakan menikam tangan Setio menggunakan sanggul kepala Asih yang tercicir di pasar oleh ibu Asih. Kecewa, marah dan dendam menembusi jiwa Setio. Tindakan Ibu Asih itu akhirnya membawa Setio ke jalan gelap dengan menggunakan ilmu ghaib, ilmu ‘Kandang Bubrah’ (kepercayaan orang Jawa) dengan alasan untuk menjadi kaya dan menjadi orang yang dihormati. Hal ini adalah dengan cara persetujuan dan perjanjian dengan syaitan, syaratnya :- jika dia meninggal dunia Setio akan menjadi tiang rumah. Setio akhirnya setuju dan berjaya menikahi Asih kerana sudah kaya dan dihormati.
Selama menjalani bahtera perkahwinan, pasti ada satu titik rahsia lama ditemukan. Akhirnya Asih tahu jika suaminya, Setio, menggunakan ilmu ‘Kandang Bubrah’ agar dapat berkahwin dengan dirinya. Kerna tidak mahu suaminya tersiksa menjadi tiang rumah, dan kerana cintanya terhadap suaminya, beliau juga telah membuat perjanjian dengan syaitan. Syaitan bersetuju, tetapi dengan syarat bahawa Asih perlu disetubuhi oleh syaitan.
Tayangan filem Setan Jawa di Yokyakarta, 21 Mei2017
Mungkin isu ini bunyi dan kelihatan lapuk bagi sesetengah orang, tambahan pula mengangkat latar kehidupan saat penjajahan Belanda sekitar tahun 1920-an. Kepercayaan terhadap alam mistik telalu tebal dalam kehidupan orang Jawa pada saat itu bahkan sehingga hari ini. Tetapi isu ini sangat sesuai dipaparkan, tambahan pula sentuhan Garin Nugroho untuk filem bisu dan hitam putih ini sangat menakjubkan.
Saya kira, takaran filem Setan Jawa telah membuatkan pandangan saya yang sebelum ini tengtang "apa yang perlu ada dalam penceritaan sesebuah filem Malaysia" adalah tepat sama sekali. Boleh baca di sini:
(http://naque-ariffin.blogspot.co.id/2017/04/assalammualaikum-filem-kita-sudah.html )
Dalam memberi apresiasi terhadap karya ini, saya akan menggunakan pendekatan atau kaedah kritikan berdasarkan sejarah dalam menilai, memahami dan bagaimana pengkarya itu sendiri menghargai seni yang dihasilkan. Dengan cara ini kita dapat melihat kesan filem ini terhadap masyarakat dan pengaruh sejarah terhadap filem. Seterusnya kejelasan ikonografi dalam menjelaskan manifestasi peradapan sesebuah bangsa. Dan terakhir bagaimana Garin Nugroho mendapatkan sumber inspirasi dan budaya kerja berdasarkan sejarah.
Aroma nusantara begitu kuat dalam filem ini. Garin yang saya kenal melalui karya-karya beliau sebelum ini tidak pernah tergelincir dari budaya dan jati diri seorang Jawa. Filem-filem karya beliau:- Opera Jawa, Soegija, Nyai, Guru Bangsa Tjokroaminto dan lain-lain telah menceritakan kebanggan beliau menjadi anak Jawa dengan cara menampilkan estetika budaya setempat di dalam filem. Jawapannya hanya satu. SEJARAH! Saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut tentang gagasan ini dengan terpeinci. Teruskan membaca!
Setan Jawa merupakan filem bisu yang diiringi muzik gamelan secara lansung (live), dengan visual hitam putih selama 73 minit. Kelihatan sangat minimal bukan? Tetapi apa yang membuatkan filem ini begitu elegan dan mewah dimata saya adalah kekayaan budaya yang ada di dalam filem ini. Filem ini banyak memainkan simbol-simbol Jawa yang membuat filem ini berada di kelasnya tersendiri. Walaupun plot penceritaan ini biasa dan mudah diteka (seperti yang saya terangkan diatas) , tetapi kelemahan itu ditutup dengan iringan muzik gamelan yang ditampilkan didepan layar, gabungan hasil sinematografi yang cantik untuk ditatap dan keasyikan tarian dan lakonan. Walaupun ini sebuah filem bisu, saya seakan mendengar jeritan batin yang membingit keluar dari ekspresi wajah Asik, lakonan mantap Asmara Abigail. Tanpa kata-kata, cukup dengan iringan gamelan yang begitu dramatik, kita akan mendengar jeritan seorang perempuan yang dihukum oleh takdir dari sebuah filem bisu ini. Kudos!
Seorang Garin Nugroho telah membuatkan Setan Jawa berada pada kelas well-made-play. Saya tahu ini merupakan istilah yang keluar dari tokoh teater moden, Henric Ibsen. Tetapi bagaimana ianya terkait dalam filem ini? Dan saya kira ini merupakan ramuan yang berhasil bilamana Julie Taymor menggunakan kaedah ini dalam penghasilan filem-filem karya beliau.
Garin Dan Unsur Sejarah Dalam Filem Setan Jawa.
Menonton Setan Jawa seperti merasai sensasi menonton wayang kulit. Tidak hairan kerana wayang kulit adalah bahagian dari sejarah estetika sejarah filem. Dan sudah tentu cerita-cerita didalam pertunjukan wayang kulit tidak kira dari Hikayat Ramayana dan Mahabrata, Raden Inu Kertapati atau Putra Raja Kahuripan, semua penceritaanya berakhir dengan well-made-play (plot yang komplek yang menimbulkan peripety dan recognition, klimaks dan semua masalah diatasi) dan terhasilah poitic justice (Baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat). Bila adegan dramatic, Dalang akan menggerakkan patung wayang dekat dengan kelir (Close-up dalam istilah filem) dan berada jauh dari kelir (wide shot) bilamana adegan santai. Seterusnya dengan iringan muzik secara lansung oleh pemuzik wayang kulit di belakang kelir. Inilah rujukan buat Garing barangkali dalam menghasilkan suasana baru dalam arena perfileman. Menggabungkan sejarah dan beradaptasi dengan cara lain.
Mari belajar sejarah lagi. Mengapa Garin mengangkat cerita ini di era 1920-an? Beliau terinspirasi dengan filem bisu hitam putih klasik berjudul Nosferatu (1922) dan Metropolis (1927), yang juga diiringi langsung oleh musik orkestra. Justeru apa kaitannya dengan Jawa? Jawapannya adalah 1920 ketika industri perfileman bangun di Negara luar, penjajah masih bermaharajalela di tanah Jawa. Pada waktu itu terjadi kolonialisasi di Indonesia maka lahirnya tahap kemiskinan yang sangat parah di tanah Jawa. Adegan ini dipaparkan pada minit-minit awal filem ini. Penjajah mengikat kaki warga setempat dengan besi dan batu dan dipaksa bekerja dan amalan mistik mula diamalkan kembali dengan kepercayaan mereka akan menjadi kaya. Garin berjaya menggabungkan dua sejarah sekaligus di dalam satu filem iaitu sejarah perfileman dan sejarah rakyat Jawa di era 20-an.
Sebenarnya, jika kita melihat filem ini dari aspek yang meluas, ianya seakan memapar realiti masyarakat sekarang juga. Tidak hanya cinta, terkadang politik juga akan menghambat kita ke jalan yang dipaparkan ini samaada dalam sedar atau tidak. Sedikit informasi, filem ini hanya ditayangkan di beberapa Negara sahaja: Indonesia (September 2016, Yokjakarta Mei 2017), Melbourne (Februari 2017), Amsterdam , Singapura dan London. Mungkin yang berada di Malaysia boleh ke Singapura pada 21 Jun 2017 untuk menonton filem Setan Jawa.
Naque Ariffin,
Jakarta Pusat,
7 Jun 2017.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-62574319323534652682017-05-27T01:49:00.003+08:002021-05-10T03:30:54.005+08:00Review: Sebuah Karya Kritik Sosial Karya Najib Ahmad Bamadhaj
Jogja Art Festival atau ART|JOG|10 dibuka pada 19 Mei 2017 telah mengangkat tema ‘Changing Perspective'. ART|JOG|10 tidak hanya memayungi perkembangan seni rupa, tapi juga menjadi festival untuk merayakan keberagaman media seni serta pelaku kreatif. Terdapat seni film, seni pertunjukan, seni tari dan pelbagai lagi diangkat dalam ART|JOG|10 di Yokyakarta, Indonesia.
Pada pandangan saya, ‘Changing Perspective' diangkat bertujuan untuk mengubah sudut pandang individu saat ini. Mengangkat tema pandangan Barat (iaitu ejaan bahasa inggris) yang melakukan pendekatan sains dan teknologi agar dapat mewakili pengetahuan masyarakat modern yang berada di Timur. Paradoks dua perspektif itulah yang coba direspon oleh para seniman ARTJOG, melalui pendekatan – pendekatan tersebut termasuk kemajuan teknologi (berdasarkan hasil karya-karya yang dipamerkan) . Dalam banyak karya kreatif yang di pamerkan di ART|JOG|10 ini, saya tertarik dengan hasil karya Najib Ahmad Bamadhaj yang bertajuk ‘Hairy Ears' yang di pamerkan di lantai 2 galeri.
'Hairy Ears' oleh Najib Ahmad Bamadhaj
Karya 'Hairy Ears' ini adalah representasi visual dari ungkapan bahasa Melayu, yang diterjemahkan harfiah dari bahasa Inggeris berarti 'telinga berbulu'. Penjelasan paling baik dari ungkapan ini adalah perasaan kesal akan sesuatu atau seseorang. Definisi lainnya adalah kemuakan terhadap semua kebohongan yang diceritakan. Kalian pasti pernah mendengar orang melontarkan ayat sebegini: 'bebulu betul lah aku dengan dia ni..". Sebenarnya ini adalah gabungan idiom (ungkapan) gabungan antara telinga dan bulu. Seniman menggunakan cable ties pada bingkai besi untuk menggambarkan sepasang telinga.
Saya cuba menggunakan pendekatan logikal untuk merespon karya ini. Pendekatan ini mungkin dianggap tradisional tetapi ianya akan dirungkai secara logik dan intelektual. Saya tidak menggunakan pendekatan psikologi mahupun sejarah kerana kedua-dua kaedah ini mengambil masa untuk mendekati karya seni diatas.Dengan menggunakan kaedah logik, maka ianya akan sekaligus mengaitkan dengan maklumat, pemerhatian dan penghasilan produk karya.
Seniman berusaha untuk mengungkapkan ketidaksenangan dan ketidakpuasannya terhadap politikus lokal yang tidak dapat dipercaya, yang tidak dapat membantu orang-orang dahulu yang memilih mereka. Karya ini boleh dianggap sebuah bentuk kritik terhadap ahli politik yang tidak jujur dan berusaha sehabis mungkin untuk mengabaikan rakyatnya. Untuk menutupi kesalahan, mereka memanipulasi rakyatnya dengan jawaban yang sama sekali tidak terkait dan tidak relevan untuk persoalan-persoalan bangsa. Pada akhirnya rakyat hanya inginkan kebenaran. Maka dengan itu, ungkapan telinga berbulu adalah ungkapan seniman terhadap skenario politik lokal.
Anda pasti berbulu dengan jawapan menteri-menteri yang dipilih oleh rakyat bila mana mereka mengeluarkan kenyataan seperti ini: " Kalau ayam mahal, jangan makan ayam' atau 'kalau tol naik harga, jangan guna tol'. Berbulu bukan? Ini lah yang cuba saya rungkai dan analisa berdasarkan karya ini. Ini adalah pandangan peribadi saya memandangkan karya ini hanya meletakan judul Telinga Berbulu dan saya rasa inilah kritikan sosial buat sesetengah jemaah menteri kita.
Analisis Formal
Pada karya ini background atau latarnya merupakan logam besi. Selain unsur logam, pada karya seni ini juga terdapat unsur garis dan tekstur. Terkstur pada karya ini adalah tekstur dimana seniman menggunakan cable ties dan visualnya tampak serta timbul, yakni tekstur kasar/tak rata pada background dan tektur halus pada subject matter. Dan mungkin dengan penghasilan karya ini seniman bakal dilontarkan ke dalam jeriji besi seperti aktivis dan kartunis sebelumnya.
Interpretasi
Dalam karya ini seniman berusaha menampilkan rasa ‘berbulunya’ pada pemerintah. Seperti yang saya nyatakan diatas, berbulu disini bermaksud telinga mereka sudah capek/penat mendengar alasan serta omongan pemerintah. Background pada karya yang bergaris-garis seperti penjara bermaksud seniman cuba keluar dari ‘penjara’ atau lingkungan normal dengan menghasilkan karya ini. Ini adalah cara beliau berekspresi dan tidak mahu terkurung didalam sistem pemerintahan. Walaupun pelbagai halangan (garis-garis logam), dendam yang selama ini tersimpan telah melimpah keluar (bulu-bulu dari telinga) yang dapat dilihat pada karya ini.
Penilaian
Karya Najib Ahmad yang berjudul “Telinga Berbulu” menggambarkan suasana kejelikan dan maknanya dapat ditangkap oleh orang yang melihatnya. Karya ini juga mampu menyampaikan pesan yang ingin diungkapkan oleh seniman kepada penonton atau publik. Selain itu karya ini memiliki karakteristik yang berbeda dengan seniman lain yaitu menggabungkan idea instalasi yang dari jauh ia kelihatan seperti sebuah lukisan, tetapi bila didekati, nyata karya ini timbul. Falsafahnya di sini adalah, seperti beberapa orang pemimpin, dari jauh ia kelihatan baik di media-media masa, tetapi bila di dekati ianya tidak seindah seperti yang dikabarkan media. Tidak semua pemimpin begitu, oleh sebab itu seniman ini memilih warna hitam dan putih.
Penilaian sebuah karya seni bukan berbicara tentang baik atau buruk, salah atau benar melainkan tentang pemaknaan tersebut meyakinkan atau tidak. Karya seni dapat dinilai dengan berbagai kriteria dan aspek, Bill Barret (seorang seniman seni rupa dari Amarika) menyederhanakan penilaian karya seni ke dalam 4 kategori iaitu realisme, ekspresionisme, formalism, dan instrumentalisme. Jadi terserah kepada kita untuk menilai karya iani berada di takok yang mana. Secara keseluruhan karya ini dapat dibilang sebagai karya yang luar biasa dan banyak penggemar serta menjadi salah satu karya yang paling unik di Art Jog 10 pada pandangan peribadi saya.
p/s: Oh ya, Najib Ahmad Bamadhaj merupakan seniman dari Malaysia, dan saya merasakan hujah serta pandangan saya sejajar dengan maksud yang beliau mahu ungkapkan.Tetapi beliau mungkin lebih halus. Saya memilih pendekatan secara logik kerana apa?Jika difikirkan secara logik, seniman yang berasal dari Malaysia ini berbulu telingnya pada siapa? Sudah tentu dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri-menteri dari Negara kita seperti yang saya nyatakan diatas. Saya cuba membuat analisa yang terpeinci terhadap karya ini memandangkan seniman ini berasal dari Malaysia, dan menariknya situasi politik di Malaysia pada masa ini amat tenat. Sekarang, kalian berbulu ke tidak?
Naque Ariffin,
Yokyakarta (Jogja),
25/5/2017.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-8115016382077861812017-04-06T13:05:00.001+08:002021-05-10T04:05:01.603+08:00Assalammualaikum... Filem Kita Sudah Sampai Dimana?
Ketika penulisan ini masih dalam rangka awal, saya begitu celaru. Samaada saya ingin menulis cara memajukan filem Malaysia atau meningkatkan mutu filem Malaysia. Dalam masa yang sama, saya juga memikirkan kemanakah arah filem Malaysia 5 tahun mendatang?
Dalam beberapa hal, sememangnya patut kita dipandang tinggi kerana Malaysia antara Negara yang mempunyai kecanggihan dalam aspek keperluan teknikal filem. Dalam banyak hal pula kita di pandang rendah kerana mensia-siakan keperluan yang ada. Digital Mix Stage Studio telah di rasmikan pada 1 Februari 2009. Kompleks audio di FINAS yang tersergam indah itu dilengkapi dengan digital mixing stage lengkap dengan Dolby Premier Studio. Persoalan saya hari ini selepas beberapa tahun diwujudkan, berapa buah filem yang telah menggunakan alat tersebut? Berapa ramai pakar yang kita ada dan boleh mengurus (operate) mesin canggih tersebut? 1? 2? Atau belum pernah ada? Samalah persoalan saya mengenai studio Pinewood di Iskandar, Johor Baharu. Berapa buah filem tempatan kita yang telah melakukan proses pengambaran disana? Kenyataan ini memamng sadis jika difikirkan secara logik. Sudahlah, jagan difikirkan apa yang kita tidak ada dari segi teknologi, tetapi bergeraklah dengan apa yang kita mampu. Tolak ketepi dengan Lembaga penapisan filem, sebagai seniman filem saya kira itu adalah cabaran bagaiman kita mampu membuat sebuah filem yang berlapis-lapis dan membawa simbol serta mengangkat semiotik tertentu. Tulisan ini akan membawa kepada cara meningkatkan mutu filem Malaysia dengan cara semampunya. Selepas kita meningkatkan mutu filem kita, barulah proses bagaimana memaju atau memasarkan filem ke persada dunia. Pengkukuhan 3 aspek ini mungkin akan membuatkan mutu filem kita berubah menurut pandangan saya.
Penceritaan.
Sebenarnya, kita beruntung kerana berada di Asia. Jika dikaji secara mendalam, hanya Negara- Negara di lingkungan Asia sahaja yang mempunyai banyak tradisi serta citra nusantara yang masih dikaji oleh bijak pandai sehingga hari ini. Sebenarnya, kita tidak perlu untuk membuat cerita robot-robot yang beterbangan dan berdiri gagah di kota Kuala Lumpur kerana Amarika atau lebih tepatnya Hollywood tidak mempunyai budaya yang unik untuk di tampilkan dalam filem mereka. Oleh sebab itu mereka mencipta budaya. Memang benar kita amat ketinggalan jauh jika di bandingkan dengan mereka dari segi teknologi serta aspek pembikinan sesebuah filem, tapi dari aspek cerita, kita mampu menang dari mereka. Tahun lalu, sebuah filem pendek dari Indonesia telah menang di Festival Filem Cannes dengan hanya menjual cerita sehari-hari. Saya fikir, kejujuran dalam menghasilkan cerita lebih tinggi nilainya dari aspek teknologi. Sesungguhnya saya tidaklah menolak filem-filem sains fiksi, tetapi untuk meningkatkan mutu filem kita, kita haruslah mencari isi cerita terlebih dahulu.
Malaysia punyai pelbagai tradisi yang belum diketengahkan. Saya masih teringat lagi tema Festival Filem Malaysia ke-22, “Filem Malaysia ke Persada Dunia”. Namun filem-filem yang dipersembah ketika itu dan sehingga hari ini mengandungi jalan cerita dan lawak jenaka yang tidak universal dan sukar difahami oleh penonton antarabangsa. Tidaklah semuanya. Saya bangga baru-baru ini filem Redha dan Interchange berkelana ke merata festival film Antarabangsa. Tahniah! Namun, apakah kita mampu merelakan cerita-cerita lain yang masuk ke pawagam. Hari ini, tidak ada resepi yang khusus untuk membuat sesebuah filem. Jika kita terus bergantung kepada kehendak penonton, kita akan tenggelam dengan permintaan-permintaan yang tidak lansung mendidik malah akan membuatkan mutu filem kita jadi lebih rendah. Mengambil contoh filem aksi ‘Ong Bak’ dari Negara Thailand misalnya, filem ini memenangi anugerah Filem Aksi Asia di Festival Filem Asia di Deauville, Perancis itu turut tercalon sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Catalonia, Sepanyol. Apa yang dijual dalam filem ini? Sudah tentu Ong Bak bukanlah satu filem yang sarat dengan falsafah tetapi ia mampu memenangi hati penonton menerusi plot filem yang amat ringkas dan aksi pertempuran dengan gaya seni mempertahankan diri yang unik di Thailand dikenali sebagai Muay Thai. Saya kira ini lah resepinya. Melihat kejayaan The Journey, nyata resepi ini berhasil. Menjual citra budaya dan lingkungan setempat. Sedar tidak sedar, dari penceritaan ini kita akan temukansebuah lokasi yang sangat asing bagi kita. Bergeraklah dengan sebuah naskah dan cerita yang punya nilai budaya atau lingkungan yang ada di negara kita, kemudian coraklah naratif atau narasi penceritaaannya.
Pemilihan Pelakon.
Saya beranggapan, sehebat manapun pengarah atau sutradara, jika pelakon tidak boleh membawa watak dan cerita maka ianya menjadi sia-sia. Selain dari itu, selaku pengarah yang merupakan nakhoda sebuah produksi, keputusan adalah ditangan anda dalam aspek pemilihan pelakon bukan produser. Tetaplah dengan keputusan anda jika ingin menjaga mutu dan kualiti filem anda. Pemilihan pelakon haruslah bersesuaian dengan kehendak watak. Sebenarnya, 80 pratus tugas pengarah jadi mudah bila dia berjaya memilih pelakon yang tepat dengan kesesuain watak. Kerana mereka ini yang akan mendayung cerita anda sehingga ke akhir. Saya mengambil contoh sebuah filem Holywood, La La Land misalnya. Kenapa Damien Chazella memilih Emma Stone? dia memilih dua orang pelakon yang bernyanyi pun biasa-biasa sahaja dan menaripun tidaklah mengasyikan sampai kita klimaks sedangkan ini filem Muzikal? Jawapannya adalah, ‘kehendak watak’. Justru watak Emma Stone (Mia) bukanlah seorang pelakon dan penyanyi profesional, maka perwatakanya yang bercita-cita tinggi dan tidak mudah mengenal putus asa itu sangat sesuai dgn Emma. Bukan macam cerita kita yang watak jual cendol pun nak kena badan sado, pipi mulus tanpa sebarang jerawat walau berniaga di tengah panas. Inilah yang saya sebut di atas tadi: berhenti mengikut permintaan penonton yang menjahanamkan mutu film kita.
Proses Tidak Pernah Menipu.
Saya adalah orang yang sangat percaya pada proses. Saya juga percaya, sesebuah produksi yang menjalankan proses latihan bersama aktor sebelum masuk ke set pengambaran adalah langkah yang sangat penting untuk meningkatkan mutu filem tersebut. Pada tahun 2010 ketika saya terlibat dalam sebuah produksi teater arahan Fared Ayam, pelakon-pelakon yang lain seperti Nam Ron, Zahiril Adzim dan Ameerul Afendi sering datang lewat ke latihan teater. Mereka menjalankan latihan untuk sebuah filem arahan Dain Said ketika itu, Bunohan. Perasaan teruja untuk menonton filem itu benar-benar saya rasakan bilamana mereka menceritakan proses dimana mereka terpaksa belajar Muay Thai dan kelas bahasa Kelantan. Akhirnya, kita dapat lihat hasil di layar lebar bagaimana proses yang saya katakana tadi tidak pernah menipu. Kejujuran emosi yang keluar oleh semua barisan pelakon memang tidak dapat dinafikan dan ternyata Bunohan menang besar dalam Festival Filem Malaysia tahun berikutnya.
Ketika saya terlibat sebagai Acting Coach untuk sebuah filem yang berjudul Jibam pada tahun lalu, agak janggal bagi saya kerana hanya melatih seorang pelakon. Memandangkan barisan pelakon untuk filem ini semuanya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang lakonan, hanya watak utama yang belum pernah berlakon sahaja di hantar kepada saya untuk mendalami watak, emosi dan cerita. Ini adalah salah pada pandangan saya. Dan ternyata di set pengambaran apa yang saya khuatirkan berlaku. Ada beberapa pelakon yang berpengalaman bertanyakan pada saya ‘apa yang berlaku ketika adegan ini ye?’, “sebelum sceen ini apa yang berlaku’ dan pelbagai lagi soalan yang pada saya mereka dibayar untuk mengkaji itu. Ini lah yang membimbangkan saya. Saya faham benar masalah kekangan masa. Tetapi persefahaman antara rakan lakon tidak mungkin dapat terlajin hanya dalam beberapa minit sebelum pengambaran dimulakan. Proses latihan itu penting. Sebelum pengambaran berlaku dan bukan ketika 2 minit sebelum pengarah berkata ‘and… action!’
Sebagai seorang pengarah filem, anda harus percaya kepada tugas seorang guru lakon/acting coach. Mereka dibayar untuk memahami kehendak cerita, mentelaah setiap emosi dan menggerakan pelakon berdasarkan kehendak watak. Memang benar anda akan percayakan seseorang pelakon yang pernah anda arahkan atau anda kenali, tetapi tidak mahukah anda memandang mereka dari sisi lain jika dalam proses latihan bersama guru lakon tadi menemukan sesuatu yang baru dalam diri pelakon yang lama atau berpengalaman?
Jika FFM ke-22 mengangkat tema filem kita ke persada dunia, saya sekadar ingin bertanya. Setelah FFM ke-28, sudah sampai mana filem kita?
'I use cinematic things in a theatrical way on stage, and in film I use theatrical techniques in a cinematic way'' - Julie Taymor
Naque Ariffin,
Jakarta Pusat.
6 April 2017.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-2442454418131568972017-03-13T00:56:00.001+08:002021-05-10T03:30:53.908+08:00Review: Teater Mati Berdiri- Paparan Realiti Dalam Bentuk Imaginasi.
Selaku pengamat dan pembikin seni, saya akui, pertunjukan/persembahan pantomime bukanlah sesuatu yang moden dan diterima dengan baik oleh penonton walaupun telah wujud sejak 5 abad yang lalu. Di Amerika Syarikat, pantomim gagal menarik ramai penonton walaupun terdapat banyak seniman-seniman yang memperjuangkan seni persembahan pantomime ini, ianya tetap gagal menarik penonton. Bahkan, Nick Thomas: pemilik dan pengasas syarikat penerbitan pantomime terbesar didunia juga mengeluh terhadap penerimaan penonton di Negara seberang laut. Begitu juga di Kanada, Malaysia, Hawaii, China dan Perancis. Di Britain, bagaimanapun, persembahan pantomim masih memainkan peranan penting sejak zaman Victoria dan ia merupakan sebuah acara tahunan yang besar.
Apa yang menariknya disini, kumpulan atau kelompok Sena Didi Mime ini telah merombak semula prinsip-prinsip yang ada dalam Pantomim. Mungkin sikap atau pendekat ini boleh kita namakan sebagai “moden’’- mencuba dan memperbaharui. Ramai penonton teater alaf ini sangat suka akan karya baru dengan persembahan cara baru, sekaligus menjadikan teater zaman ini selalu berubah dan dinamis.
'Mati Berdiri' berangkat dari salah satu realiti Indonesia hari ini. Pertunjukan ini mengangkat masalah informasi yang menjebak antara benar atau salah, fakta atau bukan fakta dan cara menyingkapinya. Hal ini amat jelas dan ketara melalui tindakan dan aksi-aksinya. Memandangkan ini merupakan teater tubuh (fizikal) segala aksi yang dilakukan membawa makna yang tersirat. Teater ini telah dipentaskan di Teater Salihara, Jakarta Selatan pada 11 March 2017 yang lalu.
Usaha memecahkan "fourth wall" yang diperkenalkan oleh Denis Diderot dalam pertunjukan ini sangat memberi impak dan berjaya menurut saya. Terma 'import pentas' dalam perkembangan teater kontemporari telah berjaya dihadam oleh kumpulan yang ditubuhkan oleh Sena A. Utoyo dan Didi Petet ini.
Saya begitu tertarik dengan adegan baling bantal untuk memasuki dalam sebuah kotak. Terdapat lima orang yang gagal memasukan bantal ke dalam kotak, tetapi orang terakhir berjaya memasukan bantal ke dalam kotak walaupun matanya ditutup. Sangat kemas adegan ini walaupun bantal itu masuk ke dalam kotak atas ‘bantuan’ rakan yang lain. Harus di ingat untuk memecahkan tembok ke-4 ini bukan perkara yang sewenang-wenangya dilakukan tanpa alasan. Selepas bantal tersebut berjaya dimasukan kedalam kotak, lampu penonton di pasang. Para pemain terus memberikan ‘hadiah’ yang berupa bantal kepada penonton dan beberapa keping pizza.
Kewujudan fungsi semantik telah terkesan dalam pertunjukan ini. Semantik adalah kaitan dari satu 'tanda' dengan ‘memaknakan’ sesuatu ‘tindakan’. Saya terangkan dengan lebih di bawah:
TANDA :
Melemparkan bantal ke dalam kotak dan siapa masuk diberi kuasa.
MENANDAKAN :
Hal ini merujuk kepada adegan pilihanraya atau pemilu dalam bahasa Indonesianya.
TINDAKAN :
Dan pemimpin yang menang terus memberi habuan kepada penonton yang bersorak disebabkan bantal itu masuk ke dalam kotak. Seolah-olah kita setuju dengan perbuatan itu, walaupun beliau menang dengan cara yang jijik dan kotor. Inilah kehadiran semantic dalam pertunjukan ini.
Persembahan ini sebenarnya tidaklah terbatas kepada falsafah eksistensialisme semata yang telah dipamirkan oleh ‘anjing’ yang telah menang dalam acara pemilu itu tadi. Manusia atau pemain dalam cerita ini digambarkan seperti seekor anjing (berdasarkan gerak, posture dan jidah yang dijulurkan seperti anjing) yang putus asa dan mencari-cari, tetapi mereka tidak putus harapan seratus peratus. Ini tidak dapat dielakan kerana manusia Indonesia tidaklah seratus peratus pesimistik. Walaupun dalam pertunjukan ini mereka mencari sesuatu- samaada kebahagiaan, kekayaan atau mencari diri mereka sendiri, mereka tidak putus asa terus menerus sehingga mereka jumpa tuannya. Pertunjukan ini sebenarnya dimulakan dengan adegan prolog dimana seorang wanita sedang sarat mengeluarkan sesuatu dari perutnya dalam keadaan berdiri dan akhirnya wanita itu juga turut mati berdiri selepas tamat pertunjukan.
Menurut sinopsis yang telah diberikan, cerita ini boleh dikatakan fakta atau bukan fakta. Makanya, pertunjukan ini membuka peluang kepada penonton untuk menanggapi dan menyingkapinya.Yayu A.W. Unru telah berjaya merangkai adegan-adegan serta situasi komedi yang sangat minima tetapi telah menimbulkan kesan katarsis di akhir petunjukan. Beliau dalam tidak sedar telah memberi paparan realiti dalam bentuk imaginasi, dan memupuk atau melatih penonton supaya berfikir tanpa perlu disuap secara bulat-bulat dibalik gelak tawa. Tahniah buat seluruh ahli produksi.
'Only one rule seems to prevail these days. Namely, that theatre has no hard and fast rules."
- Krishen Jit, April 1979.
Naque Ariffin,
Jakarta Pusat,
Indonesia.
(13 Maret 2017)naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-86165530846871362742017-03-08T12:06:00.001+08:002021-05-10T03:30:53.781+08:00 Review dan Catatan Ringkas: Teater Terang Malam Dan Teater Melayu Akan Datang - Satu Pandangan Peribadi.
(1) Sebuah Kejujuran.
Ketika menyaksikan pementasan Terang Malam yang baru bermula sekitar 20 minit, saya sudah tidak keruan. Saya teringat perbualan saya bersama seorang guru pengarahan dan lakonan yang amat saya hormati. ‘ Naque, orang datang menonton naskah Shakerspeare selepas kematiannya adalah untuk ‘mendengar’.Dan sememangnya naskah itu ditulis adalah untuk di dengar.’
Entah mengapa saya merasakan teater yang sedang saya tonton ini begitu menyeksakan saya. Blocking atau susun atur pentasnya merimaskan. Saya memilih untuk mendengar sahaja dialog yang dilontarkan oleh Adieyka Zainal dan Hana Mohammed.
Tetapi dalam pementasan yang dipentaskan di Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM) ini, mereka seakan hilang punca kemana mereka ingin mendayung pementasan ini. Bukan sebab lakonan mereka, saya tidak ada malasah terhadap mutu lakonan yang ditampilkan tetapi yang saya sedar sehingga minit ke-20 ini, mereka tidak selesa dengan apa yang berlaku diatas panggung dan bergerak seakan tidak pasti. Apakah ini yang cuba pengarah sampaikan? Mungkin inilah gambaran lukisan-lukisan abstrak yang terdapat pada props teater ini yang dihasilkan sendiri oleh Sani Sudin. Mata saya seakan pensil yang bergerek menghasilkan lukisan. Mata saya telah mengikut arah blocking yang disusun oleh K’N Ridzuan, hasilnya adalah sebuah lukisan yang sangat celaru! Mungkin disebabkan letak tempat duduk penonton yang di set-up sebegitu telah menyukarkan penonton apabila disajikan dengan empat penjuru pandangan yang berlainan arah. Walaupun saya suka kepada visual yang sedang berlaku, tetapi ianya sangat mengganggu pementasan ini.
(2) Persoalan keindahan.
Saya akur dalam perenggan diatas, bunyinya seperti saya amat tidak menyukai persembahan yang berlansung pada 2-5 March 2017 yang lalu. Tidak. Bukan keseluruhanya dalam setandan pisang itu busuk semuanya.
Saya teringat sebuah buku yang pernah saya curi (pinjam melebihi 2 tahun) dan baca sewaktu zaman Diploma dahulu, tetapi saya telah memulangkannya semula apabila saya dikenakan denda oleh perpustakaan dan tidak dibenarkan untuk menghadiri konvokesyen jika tidak membayar denda. Bagi saya ini adalah satu teroris baru ketika zaman itu. Tetapi sekarang saya sudah waras dan ketawa terhadap kejahilan saya dahulu. Walaupun niat saya murni untuk menambahkan ilmu, tetapi caranya salah.
Berbalik kepada topik asal iaitu persoalan keindahan. Buku itu adalah mengenai bangsa Yunani Kuno yang telah menghayati dan mengenal kata keindahan dalam erti estetika yang disebut sebagai ‘symmetria’ untuk keindahan visual dan ‘harmonia' adalah keindahan pendengaran.
Dalam pementasan Terang Malam, kedua-dua elemen yang saya nyatakan diatas wujud. Saya begitu asyik mendengar dialog-dialog yang dilontarkan oleh kedua-dua pelakon ini dan petikan ukulele yang dimainkan oleh Sani Sudin begitu asyik memasuki ruang telinga saya. Persoalan tentang bulan yang dibahaskan oleh kedua-dua aktor ini sangat menggerakan imaginasi saya untuk membayangkan bulan yang mereka sebutkan. Hal ini lagi memudahkan saya kerana saya melihat pementasan ini dalam keadaan mata yang tertutup dan melayaninya dari segi pendengaran sahaja.
Ternyata ‘symmetria’ atau keindahan visual wujud dalam pementasan ini. Kirin yang saya kenal memang tidak pernah kalah dalam merialisasikan kehendak pengarah atau pementasan bilamana beliau bertindak sebagai seorang sinografer. Saya suka idea atau konsep installation yang digunakan untuk pencahayaan. Jika dalam teater, pencahayaan yang digunakan seperti yang direka oleh Kirin disebut practical light, tetapi dalam pementasan ini beliau menyatukan pengalaman yang beliau punya sehingga wujudnya installation yang sangat menarik dari segi visual dan memberi sedikit mood dimana latar tempat cerita ini berada.
Saya memandang Terang Malam sebagai sebuah kesenian Moden memandangkan ini sebuah karya baru. Seni moden tidak terikat oleh ruang dan waktu. Kedua-dua eleman ini memang ada pada pementasan ini. Contoh-contoh karya seni moden sebenarnya lebih tertumpu kepada karya-karya yang berupa seni lukis atau seni rupa. Sebagai contoh lukisan-lukisan karya Van Gogh, Syed Ahmad Jamal (kini Allayarham) dan patung karya G. Sidharta. Walaupun pementasan ini berlaku diruang yang bukan konvensional, sebenarnya: pengarah, penulis dan sinografer telah berjaya mengangkat konsep eksperimen sebenarnya. Eksperimen yang saya maksudkan disini adalah terhadap kerja masing-masing. Bukanlah tentang istilah teater eksperimen. Penulis naskah, Afiza Asram telah berjaya mengalih wahana dari catatan/puisi Sani Sudin kepada naskah pentas (berjaya atau tidak hanya Sani Sudin sahaja yang tahu) tetapi beliau telah berjaya memindahkan puisi ke naskah dengan plot yang baik bagi saya, Kirin telah mengeksperimenkan pencahayaan dari idea installation dan Pengarahnya Saudara K’N telah mecorakan bloking dan jelas tidak realism dan tidak konvensional. Kesatuan ini jarang berlaku dalam teater-teater marhaen seperti ini. Tahniah buat semua ahli produksi yang terlibat.
(3) Teater Melayu Akan Datang- Satu Pandangan Peribadi.
Penggiat-penggiat teater Melayu masih bertaraf amatur dan terdiri dari kelompok orang yang berpendapatan rendah pula. Tidak seperti teater amatur Inggeris atau Cina di Malaysia, ahli-ahlinya terdiri daripada kumpulan profesional dan cerdik pandai dalam kalangan mereka. Teater amatur Melayu digerakan oleh pelajar-pelajar Universiti dan lepasan seni persembahan kebanyakannya. Berbanding dengan kelompok teater Inggeris, mereka hanya menjadikan bidang ini sebagai hobi sahaja.
Secara umumnya, teater dibahagikan kepada 3 cabang iaitu amatur, komersial dan profesional. Sehingga ke hari ini, sejak penubuhan Panggung Negara/ Istana Budaya, kita masih gagal menjadi sebuah negara yang punya golongan-golongan pelopor teater profesional seperti di negara seberang laut. Hal ini amat sadis sekali. Gerakan teater amatur semakin kencang di Lembah Klang ketika ini. Revolution Stage yang di usahakn oleh Khairunazwan Rodzy telah menempatkan golongan-golongan pembikin marhain di dalam satu ruang dinamakan Projek Bilik Sempit. Dengan adanya tempat sebegitu, gerakan teater amatur melayu semakin mendapat perhatian walaupun ada diantara persembahan yang dihidangkan agak kurang bermutu. Kita boleh melihat teater-teater komersial di Istana Budaya. Teater Komersial ini berfungsi sebagai bisnes, untuk membuat duit dan mencari keuntungan. Sebagai contoh beberapa buah produksi seperti CTRA Production (Rohaya Atan), Rumah Karya Citra (Erma Fatimah), Tall Order Production (Hans Isac) dan banyak lagi. Tetapi teater profesional, masih belum wujud.
Teater Melayu amatur pada 5 tahun mendatang tetap akan sama bagi pendapat saya. Kita hanya akan mendekatkan diri atau mampu pergi sejauh apa yang di sebut oleh Jezy Grotowski iaitu menuju teater Miskin (Toward Poor Theater).
Teater Melayu kelahiran generasi 2K17 ini tidak lagi memandang kebutuhan budaya. Penonton yang datang adalah mereka yang setuju akan pembohongan ini. Sama seperti yang disebut oleh Grotowsky ketika di wawancara oleh Eugenio Barba, "Kami tidak melayani orang yang datang ke teater untuk bersantai-santai setelah penat bekerja seharian. Kami hanya menaruh perhatian pada penonton yang memiliki batin atau rohani murni yang benar-benar mahu menganalisis dirinya lewat konfrontasi dengan pertunjukan." Kenyataan ini disebabkan beberapa buah teater yang saya tonton ketika pulang ke Malaysia bulan kelmarin.
Teater Melayu sebenarnya punya conten yang bagus tetapi kurang kreatif dari segi pembentukan idea dan penceritaan dalam naskah. Kreatif di sini bermaksud kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: harus mengerah seluruh tenaga utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi. Kelompok-kelompok teater di Malaysia tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Dinsman ada menulis sebuah buku cara-cara memajukan teater di Malaysia. Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau mengenai Matlamat Nasional. Matlamat nasional adalah menjadikan penulis drama sebagai pilihan iaitu mewujudkan penulis bertaraf Shakespeare dimana karya-karya beliau mampu bertahan sehingga kini. Persoalan sekarang ini, berapa ramai penggiat-penggiat teater melayu generasi kini yang sudah membaca tulisan ringkas ini? Kebanyakan naskah-naskah yang wujud tidak sehebat takaran naskah nukilan Usman Awang. Ada pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dan NGO. Sebagai contoh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Kaki Seni telah mengeluarkan dana untuk pembanggunan seni persembahan dasar industri kreatif negara . Dan ada sebahagian dana dari program yang gah itu diberikan untuk penulisan skrip. Cara ini telah dilakukan oleh negara-negara barat untuk melahirkan penulis bertaraf Shakerspeare atau hasil penulisannya mampu diingati. Tetapi malangnya bagi negara kita, sehingga kehari ini, naskah-naskah penulis yang diberi grand belum dilihat hasilnya. Itu berlaku beberapa tahun lepas. Apakah 5 tahun lagi kita akan menyaksikan pendustaan yang sama? Tepuk dada tanya selera
Adakah teater melayu akan menuju ke arah teater miskin 5 tahun mendatang? Sama-sama kita saksikan.
"Teater Malayu tidak akan berkembang maju selagi belum adanya pembaharuan."- Ahmad Yatim
Naque Ariffin,
Jakarta Pusat.
(7/3/2017)
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-62009352271556242052017-03-01T20:29:00.003+08:002021-05-10T04:05:01.727+08:00Review: KEGILAAN SANG SUTRADARA LA LA LAND.
Filem ini bermula dengan adegan kesesakan jalanraya di Los Angeles yang kemudian diikuti dengan nyanyi dan tari di jalanan dan di atas kereta dengan koreografi yang mengingatkan kita pada filem muzikal Fame (Alan Parker, 1980). Dan seperti biasa kalau kita menghadam graf 3 act structure pasti kalian tahu kenapa hero dan heroin ditemukan di situ.
Pertemuan-pertemuan berikutnya mereka masih sombong diantara satu sama lain. Memang ada detik-dekit dimana pertemuan mereka yang jual mahal diantara satu sama lain. Dan kononnya kita boleh meneka pasangan ini akan menjadi pasangan yang sempurna. Bagi mereka yang dah menyaksikan mereka dalam filem Crazy Stupid Love dan Gangster Squad tentu saja sudah menyaksikan kedua-dua pelakon ini memang mempunyai apa yang disebut 'onscreen chemistry', keserasian antara dua pemain di skrin yang terasa semulajadi dan tidak dibuat-buat.
Cerita filem ini biasa sebenarnya. Mia Dolan dan Sebastian Wilder adalah para artis yang menjaja bakat di Los Angeles yang bertindak sebagai Industri Pusat Hiburan. Mia (Emma Stone) rajin pergi dari satu ujibakat ke ujibakat selain bekerja mencari duit di kedai kopi, manakala Sebastian (Ryan Gosling) pemain piano yang sangan fanatic dengan muzik jazz, terpaksa mencari duit dengan bermain lagu-lagu pop yang bukan minat beliau. Cita-cita Mia tentu saja menjadi pelakon sedangkan impian Sebastian adalah memiliki Sebuah Kelab Jazz.
Biasa kan? Justeru apa yang membuatkan filem ini menjadi sebutan dan mampu memecahkan rekod dengan membawa pulang tujuh trofi Golden Globes dan menang besar di Oscar tadi? Jawapannya adalah kerana ‘kegilaan’ pengarahnya.
Hal ini kerana, selaku pengarah dan penulis skrip, Damien Shazella telah memberi kita petunjuk awal di dalam liriknya:
‘’A bit of madness is key, to give us to color to see”
Kenapa saya mengatakan pengarahnya seorang yang gila? Jom lihat kenyataan ini. Jika kita melihat sejarah, Filem Muzikal selama ini lazimnya mengangkat pertunjukan/show yang dipentaskan di Broadway ke medium filem. Alasanya sudah pasti mudah untuk menarik pelabur untuk memberi dana untuk sesebuah filem kerana mereka yakin akan mendapat pulangan modal. Selain penonton sudah mengenal cerita dan musik yang digunakan, contohnya Les Miserables dan Mamma Mia. Peminat-peminat filem musical tentu sudah menghafal cerita dan lagunya. Kalau kita tidak mahu pandang produk dari Broadway, kita ambil contoh Filem Muzikal seperti Across The Universe (Julie Taymor, 2008) yang buat cerita berdasarkan lagu-lagu The Beatles. Siapa tidak kenal The Beatles kan? Jadi, kegilaan mamat berumur 31 ni, dia cuba melawan arus kerana Filem La La Land adalah sebuah filem muzikal dengan cerita baru dan musik/lagu yang diciptakan khusus untuk filem ini. Tanpa ada pengaruh dan pengikut yang tersendiri. Gila! Berani mati! Siapa tak takut rugi kan? Tapi dia dah membuktikan bahawa kegilaan adalah kunci kejayaan. Mungkin masa dia tulis skrip ni dalam hati dia ada sebut “ kita perlukan pembaharuan!’’. Sikap inilah yang perlu ada dalam setiap penulis di slot Akasi TV3.
Kegilaan seterusnya adalah pemilihan pelakon oleh pengarah ini. Sebenarnya, 80 pratus tugas pengarah jadi mudah bila dia berjaya memilih pelakon yang tepat dengan kesesuain watak. Kenapa dia memilih dua orang pelakon yang nyanyi pun biasa-biasa dan menaripun tak lah mengasyikan sampai kita klimaks. Jawapannya adalah, ‘kehendak watak’. Bukan macam cerita kita yang watak jual cendol pun nak kena badan sado, pipi mulus tanpa sebarang jerawat walau berniaga di tengah panas. Justru watak Mia bukanlah seorang pelakon dan penyanyi profesional, maka perwatakanya yang bercita-cita tinggi dan tidak mudah mengenal putus asa itu sangat sesuai dgn Emma. Sebastian? Kau tak tahu gilanya pengarah ini pergi hantar si Ryan Gosling belajar main piano sampai nampak pro. Boleh pergi usha kat youtube.
Sebenarnya pengarahnya percaya pada proses. Bukan minggu ni bagi skrip, minggu depan shooting. Kalau tak sia-sia ada buku persiapan seorang aktor. Baik ambil model yang menag dewi/hero remaja dari Los Angeles je berlakon. Tahniah Damien Chazella!
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-19840331283029670632017-02-27T05:04:00.004+08:002021-05-10T03:30:53.653+08:00REVIEW: JAMU 2017- Meninjau Seni Tari Dalam Aspek Kontemporari
Saya telah berkesempatan menyaksikan pertunjukan JAMU 2017 yang dibawakan oleh Fakulti Tari ASWARA pada pementasan terakhir semalam. Kali ini saya datang dengan satu misi. Saya akan cuba membaca gerak tari tanpa membaca sinopsis sebelum pementasan dimulakan. Selain itu, selaku orang yang kerap melakukan kerja-kerja teknikal di panggung persembahan, saya sengaja mengalihkan perhatian pada lampu-lampu yang digantung di atas kepala supaya tidak mendengar sinopsis yang dibaca oleh pengacara majlis. Sebenarnya, saya mencabar diri saya: adakah saya mampu membaca karya ini sama seperti membaca sebuah filem tanpa suara. Seperti filem, ianya adalah sebuah gambar yang bercerita. Kita mampu memahami sebuah filem walau filem itu tidak ada dialog sama sekali. Kekuatannya adalah cerita. Dalam seni tari kontemporari juga, sama menurut pandangan saya. Iaitu kekuatanya adalah ‘cerita’. Bergeraklah seasyik dan seindah mana, jika tidak ada penceritaan ianya sama seperti menjentik angin. Sebenarnya, pada pandangan saya, dalam semua aspek kesenian tidak kira teater, tari, filem, penulisan, dan lain-lain, tunjangnya adalah cerita. Tahniah buat semua koreografer Jamu 2017 atas pemilihan cerita dalam gerak karya yang di pentaskan di Studio Blackbox, ASWARA.
Jamu merupakan hasil karya baru bergenre kontemporari oleh pensyarah Fakulti Tari, ASWARA. Istilah ‘kontemporari’ adalah sebuah genre yang menggunakan sistem dan kaedah yang ditemui di era kesenian moden dan pascamoden. Kebanyakan persembahan kontemporari burhubung dengan bentuk persembahan yang lebih segar serta falsafah yang lebih luas dan baru. Kebanyakanya mengupas tentang moden dan pascamoden. Harus di ingat, istilah kontemporari itu wujud atas kemuakan serta pemberontakan pengkarya zaman neo-klasik terhadap persembahan yang telah di strukturkan. Mungkin saya tidak arif dalam bidang tari, tetapi saya membaca JAMU 2017 sebagai performance kerana menurut Richard Schecner, semua aktiviti sosial yang dilakukan seorang individu atau sekelompok orang tertentu boleh dilihat ‘sebagai’ performance. Jadi, saya bebas mengutarakan pandangan saya mengenai JAMU sebagai sebuah persembahan, bukan tertumpu kepada skop kajian tari sahaja.
<o:p></o:p>
Dalam pertunjukan JAMU 2017, dua persembahan ini telah menari perhatian saya untuk di diskusikan.
Karya AKTAB oleh Fairul Zahid telah mendominasi pemilihan saya sebagai seorang yang menitik beratkan penceritaan dalam sebuah penciptaan karya seni. Karya ini telah mengangkat aspek kehidupan manusia pascamoden dalam era globalisasi masa kini. Peka terhadap kesengsaraan yang dialami oleh Negara lain adalah isu ‘kemanusiaan’ yang paling jelas dalam karya terakhir JAMU yang di pentaskan pada 24 hingga 27 Februari yang lalu. Isu kemanusiaan dan pemindasan dalam performance ini dikupas secara ekstrinsik dan intrinsik dengan melihat kesannya terhadap kewujudan manusia melalui perspektif performativity. Mungkin istilah ekstrinsik dan intrinsik ini wujud dalam karya sastera tulis, tetapi saya percaya bahawa idea AKTAB ini bergerak melalui penceritaan yang di tulis kerana plot persembahan ini bergerak begitu baik. Malah dunia kesenian pascamoden telah mengangkat elektronik sebagai sastera, tidak keterlaluan jika tari diletakan sebagai sastera lisan atau sastera gerak. Atau istilah sastera gerak sudah disebut sebelum ini saya tidak tahu.
Menurut Baz Kershaw didalam tulisan beliau Drama of the Performative Society, ‘performative socities in the contemporary world are found particularly whare democracy and capitalism meet’. Jelas dalam persembahan ini mengangkat ideologi dan falsafah pertembungan dua buah negara iaitu Palestin dan Israil (walau Negara-negara Islam menidakan kewujudannya). Dalam bidang kajian persembahan, performativity mempunyai hubungan yang rapat dengan ideologi pascamoden itu sendiri. Merujuk kepada bentuk persembahan AKTAB ini, sifat performativity merupakan satu bentuk bahasa atau lebih tepatnya bahasa tindakan yang melengkapi eleman lainnya iaitu teks, imaj dan tubuh yang menjadi eleman utama dalam persembahan ini. Dari segi ‘teks’, memandangkan dalam pertunjukan ini tidak ada naskah, mungkin koreografer bergerak dari sinopsis iaitu tembok yang memisahkan antara Palestin dan Israil. Seterusnya ‘imaj’ yang dipaparkan melalui tembok yang di lakar menggukan cat sembur oleh penari dengan menggunakan warna bendera Palestin dan kostum yang terkoyak jelas menunjukan latar geografi dimana cerita ini berada, terakhir ‘tubuh’ adalah kekuatan cerita ini untuk menyampaikan masej yang tersirat dalam persembahan ini apabila gerak penari:- merangkak, jalan dalam ketakutan dan bergerak secara sembunyi-sembunyi telah membawa penonton dimana peristiwa sebenar berlaku dan perasaan emosi atau fizikal yang dialami oleh rakyat Palestin walaupun tidak berada di sana. Pada akhir persembahan ini, penari melemparkan seakan 'bom' sebagai tanda kemarahan dan mungkin ini kisah ter-fAKTAB dalam sejarah hidup mereka yang cuba digambarkan oleh Fairul sebagai koreografer.
BACKBITING adalah karya kedua yang mendominasi pilihan saya. Walaupun karya ini tampak harmoni dan humoris, tetapi cerita dan masej yang ingin di sampaikan jelas. Saya tertarik menyelami fungsi semantik di dalam cabang teori semiotik. Semantik adalah kaitan dari satu 'tanda' dengan memaknakan sesuatu tindakan. Dalam pertunjukan ini, gerak para penari adalah 'tanda' memandangkan dalam pertunjukan ini tidak ada naskah atau teks, maka interteksual mereka adalah dari ‘gerak’. Gerak para penari ini merupakan tenunan atau anyaman tanda-tanda yang membawa 'makna'.
Sebenarnya, melihat persembahan ini, ianya begitu theatrical dan seakan sebuah persembahan Pantomim. Pada permulaan persembahan, terdapat dua orang penari merespon percakapan seorang wanita melalui audio secara berlebih-lebihan dan unsur ini telah tercipta pada abad ke-16 lagi di Itali yang dinamakan Commedia dell’ Arte. Inilah yang saya sebutkan wujudnya unsur theatrical tadi. Tidak terhenti setakat itu, aksi ini diteruskan lagi sehingga ke tamat. Jelas koreografer bergerak dan berpegang teguh pada konsep yang dipilih. Walaupun Pantomim adalah seni yang menggabungkan unsur muzik, kelenturan tubuh dan ekspresi mimik muka sehingga menghasilkan suatu cerita yang dapat difahami oleh penontonnya ianya tetap berbeza dengan gerak tari. Dan Pantomim bukanlah persembahan kontemporari kerana pertunjukan pentomim telah wujud sejak zaman Mesir Kuno lagi. Maka BACKBITING telah berdiri sendiri atau mungkin hanya meminjam eleman pantomime sedikit atau tidak sama sekali.
Saya merasakan karya Failul Adam ini telah merespon terhadap ‘sign language’ rakyat Malaysia. Apabila kita terlalu kenyang, kita pasti akan menggosok perut. Bila keadaan panas disebabkan oleh cuaca pasti kita akan mengipaskan tangan. Ini adalah common bagi rakyat kita. Sama seperti persembahan ini, mungkin ceritanya berkisar tentang orang-orang yang suka bercakap belakang. Apabila ‘tanda’ (tangan yang bergerak tutup buka seperti mulut) telah menjadi ‘petanda’ (sikap orang yang bercakap belakang). Telah nampak kewujudan semiotik disitu. Dan karya ini mengajar kita bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang suka bercakap di belakang kita dan bermuka-muka. Saya terhibur.
Secara keseluruhan, semua persembahan JAMU 2017 menarik dan asyik di tonton. Tulisan ini adalah hasil tinjauan saya mengenai seni tari dalam aspek kontemporari. Ianya tidak menyeluruh terhadap semua persembahan yang telah dipamerkan rata-ratanya amat menarik sebagai bahan tontonan. Cuma saya terdapat satu cadangan yang perlu dipertimbangkan oleh pihak penganjur. Wujudkan sebuah ‘tema’ yang kukuh dalam karya JAMU akan datang. Sebagai contoh, mengangkat tema penindasan misalnya. Jadi kita dapat melihat pelbagai aspek penindasan terhadap wanita, penindasan terhadap pekerja bawahan, penindasan terhadap Negara kelas ke-3 dan pelbagai lagi tetapi ianya masih berpegang kepada tari kontemporari. Mungkin persembahan JAMU yang akan datang akan lebih konseptual dan lebih fokus kepada istilah kontemporari itu sendiri. Apabila meletakkan tema sahaja tanpa memberi sinopsis sebelum persembahan, mungkin akan memupuk atau melatih penonton supaya berfikir tanpa perlu disuap. Subsidi minyak pun makin ditarik dan kita terpaksa mencari duit lebih. Jadi kita tarik subsidi sinopsis untuk melahirkan golongan pemikir yang lebih kritis. hahah :)
Naque Ariffin,
Seremban, Negeri Sembilan.
27 Feb 2017.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-78248383551376403062017-02-21T17:46:00.002+08:002021-07-28T18:18:09.229+08:00REVIEW 15: NORMA ABBAS- KEMBARA MENUJU JANJI
'Kembara menuju janji merupakan sebuah pameran lukisan hasil kerja seni Norma Abbas. Pameran ini memberi tumpuan kepada ikatan perhubungan: yang berwarna-warni dengan keluarga, teman rapat, alam semula jadi dan juga perjalanan rohani seorang wanita yang cukup harmoni dan humoris ini.
Menghayati setiap lukisan yang dihasilkan oleh seniman wanita ini, jelas halwa feminis sangat kuat dalam setiap hasil karya beliau. Kesempurnaan sosok wanita (dari segi fizikal) dalam setiap lukisan beliau sangat jelas berbanding lelaki. Terdapat satu lukisan yang memaparkan 3 tokoh wanita yang sedang duduk sambil diperhatikan oleh seorang lelaki. Tetapi tokoh lelaki itu tidak punya mata berbanding 3 tokoh wanita yang kelihatan "sempurna" pada bahagian muka, seperti gambar (1) dibawah.
Mungkin beliau terpengaruh dengan hubungan teori ''male gaze" ataupun bahasa mudahnya persoalan tatapan iaitu teori yg diasaskn oleh Laura Mulvey: bagaimana seharusnya lelaki memandang seorang wanita. Mungkin juga beliau khatam apa yang Freud sebut sebagai 'scopophilia' iaitu menggunakan orang lain sebagai objek rangsangan seksual melalui pandangan mata. Abad ini, terlalu ramai yang mengaitkan diri mereka yang kononnya pejuang feminis, 'woman power' dan lain-lain terma yang kononnya merekalah pejuang wanita tetapi bila berhadapan dengan karya mereka, yang dipaparkan adalah lekuk tubuh wanita yang seksi, gambar kemaluan wanita, buah dada dan segala simbol yang kononnya wanita yang sebenarnya telah menjatuhkan 'rasa' wanita itu sendiri. Seorang pejuang feminis tidak mahu dilihat dan tidak seharusnya dipandang sebegitu. Ini tidak terhad kepada seni lukis/rupa semata. Ia menyeluruh kepada semua cabang seni: teater, filem, penulisan dan lain-lain. Tetapi tidak bagi Norma Abbas, beliau memandang wanita dari sudut bagaimana sepatutnya wanita dipandang. Inilah semangat perjuangan seorang feminis.
Seterusnya, dalam satu karya beliau, "The Love Story of Rama and Sita'' (gambar 2), hanya memaparkan sosok Sita sahaja sedangkan ini merupakan kisah cinta agung dua tokoh dalam hikayat itu. Mana mungkin seorang Sita berdiri tegap tanpa Rama, tetapi dalam karya wanita yang membesar dengan berus di mulut dan cat ditangan ini, segalanya mungkin. Inilah unik dan setianya Norma Abbas, di era kesenian yang semakin urban ini, beliau masih setia dengan permainan berus dengan gaya dan teknik lukisan yang jelas setanding artis kontemporari yang mencipta nama pada era 80-an.
Gambar (1) Gambar (2)
Saya amat tertarik dengan pameran yang begitu konseptual ini. Tajuk pameran ini punyai sistem tanda dan penanda atau apa yang disebut semiotic. 'Kembara Pelangi Menuju Janji'. Norma Abbas menggambarkan perjalanan/kembara seharian beliau dalam lukisan menggunakan warna-warna yang sangat lembut/terang yang berlapis lapis. Mungkin inilah yang disebut 'Pelangi'. Dan beliau juga tidak ketinggalan mengucapkan syukur menerusi karya beliau dengan melahirkan karya 99 Nama-Nama Allah yang dipamerkan di ruang terakhir paling hujung selepas anda melewati semua lukisan.
"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati'' - Surah Ali Imran: Ayat 185.
Naque Ariffin,
Warung Tugu Negara,
Kuala Lumpur.
21/2/2017.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-36315346493974563052017-02-07T01:14:00.000+08:002021-05-10T04:05:01.849+08:00MAHASISWA SEBAGAI "AGENTS OF CHANGE" ADALAH MITOS.
**Bacalah dengan nada sinis yang paling agung (termasuk tajuk di atas) dan anda akan temui titik inzal (kepuasan tidak terkata) ketika saya menulis tulisan ini.**
Entah mengapa, setiap kali pulang ke Malaysia pasti saya akan ambil tahu tentang isu-isu politik atau masalah negara yang saya terlepas pandang. Kali ini yang bermain di fikiran saya adalah isu mahasiswa Universiti Malaya yang ditahan dan dibicara/diambil tindakan kerana melanggar peraturan atau akta Universiti.
Tulisan ini bukanlah bermaksud untuk menentang sistem dan undang-undang yang telah termaktub walaupun ianya boleh ditukar secara drastik - tidak seperti nasib yang sudah tertulis di 'lauh mahfuz'. Maknanya masih boleh ditukar. Tetapi tulisan ini lebih kepada cadangan dan mencari solusi untuk menemukan benang merah ataupun titik tengah. Wahai pihak yang berkenaan, jangan takut dengan kuasa Mahasiswa. Jangan. Jangan . Jangan! Kerana mutahir ini mahasiswa kita bukan seperti mahasiwa zaman dulu yang perlu ditakuti. Para mahasiswa generasi kini, mereka lebih senang dan bangga jadi juru tepuk tangan di acara-acara TV (pergi ber bus-bus atas undangan stesen tv) atau duduk di pusat membeli belah atau di kedai kopi hipster ditemani komputer riba jenama buah dan mereka mahu jauh dari kesulitan hidup rakyat marhain tambahan pula mereka diberi PTPTN. Di sana (tempat yang saya senaraikan diatas), mereka dapat berbicara tentang artis idola, filem pecah panggung serta trend atau pakaian terbaru artis korea, dan marah apabila setiap kali ada demo yang membuatkan jalan-jalan di sekitar lembah klang di tutup kerana tuntutan rakyat 'dewasa' yang mahukan perubahan. Jadi jangan takut memberikan mereka kebebasan berpolitik. Jangan wahai tuan yang berhormat.
Jika kita bercakap mengenai cikgu yang berpolitik di sekolah rendah ataupun menengah, ianya masih relevan dan masuk akal kerana usia mereka masih tidak layak untuk mendaftar sebagai pengundi, tetapi jika akta Universiti sendiri meletakkan akta dan syarat sebegitu, apakah selepas ini syarat untuk daftar sebagai pengundi ialah berumur 25 (pukul rata usia tamat diploma/ijazah) kerana masih menggunakan alasan mereka tidak matang dalam politik. Saya cuba memandang hal ini secara positif. Jika dibenarkan mahasiwa berpolitik, hal ini merupakan satu bentuk pendedahan kepada kematangan dalam berpolitik dalam diri mahasiswa itu sendiri disamping membina idealisme mahasiswa untuk menekankan jatidiri dan komitmen mereka kepada masa depan negara.
Selain dari itu, ianya akan memberikan lebih ruang demokrasi kepada golongan mahasiswa di Malaysia. Kebenaran mahasiswa untuk berpolitik adalah satu polisi yang matang dan ia akan menyuburkan lagi semangat demokrasi di Malaysia. Bukankah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi? Jika telinga saya tidak pekak dan mata saya tidak buta, itulah yang saya dengar dan lihat setiap kali melihat ibu dan ayah saya ketika berkempen untuk Parlimen Rasah 20 tahun yang lalu. Wakil rakyat akan melaungkan perkataan keramat itu. D.E.M.O.K.R.A.S.I.
Atau Negara kita sudah menghapuskan sistem demokrasi selepas pemimpin bertukar tangan? Maafkan atas ketidak sedaran saya itu. Mari kita teruskan.
Jangan takut wahai Universiti-universiti yang bertapak di Malaysia. Ayuh lihat sejarah. Jika anda tidak mahu contoh Dato Sri Anuar Ibrahim (kerana beliau berdiri di barisan pembangkang walau pernah duduk di bahagian kerajaan pusat), saya senaraikan mereka-mereka yang mempersetujui dana-dana buat Universiti anda untuk setiap kali pembentangan bajet Negara. Ini lah dia barisan nya: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan beberapa pemimpin lain semuanya bermula sebagai pemimpin pelajar yang condong kepada pembangkang. Tetapi hari ini mereka juga lah yang menjadi orang penting terhadap pembanggunan Negara. Tidakkah anda berbangga kelak ada dari Alumni Universiti anda berada dalam barisan kabinet Negara kita?
Mungkin kebimbangan yang amat sangat kerana anda semua melihat sejarah Indonesia dimana Presiden Suharto yang di gulingkan oleh Mahasiswa selepas menjadi pemimpin selama 32 tahun. Jangan risau. Tolong jangan risau. 32 tahun Presiden Suharto memimpin Negara Indonesia tidak banyak perubah dari segi ekonomi mahupun pembanggunan negara. Pemimpin kita paling lama pun 22 tahun iaitu Tun Mahathir Mohammad. Apa? Tak kenal? Biar betul?Macam ni, pada tahun Presiden Suharto digulingkan 1998, walaupun Malaysia dirundung kejatuhan ekonomi dan ramai ckp kita sombong tak mahu pinjam IMF, pak cik ni selamba je bawa Malaysia ikut rentak dia dan ternyata tidak ada masalah kronik pada ekonomi dan pembanggunan negara kita malah semakin maju ketika itu. Beliau sendiri pun tidak perlu di gulingkan, kerana beliau menjadi pemimpin sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Dan sekarang nampaknya ada orang membuatkan dia 'lapar' semula selepas 'lauk pauk' yang dia jaga dan beli untuk anak, cucu dan cicit -habis 'dibedal' oleh 'penyamun'.
Sebab tu saya ckp, jangan risau. Mitos mahasiswa sebagai 'agent of change' dah tak boleh di guna pakai. Tenang. Pasti tidak ada pemimpin yang akan memerintah dalam masa yang 32 tahun seperti Presiden Suharto. Jadi tenang, gerakan mahasiswa tidak akan berjaya menggulingkan Pemimpin. Jadi, sudah tiba masanya syarat dan akta 'Pelajar Dilarang terlibat dalam Politik" di setiap buku-buku peraturan Universiti dihapuskan. Jangan takut. Tolong jangan takut. Dana untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) setiap tahun meningkat. Jadi universiti anda pasti akan menerima dana itu. Atau saya tidak tahu yang dana dari Kerajaan hanya akan diberikan kepada Universiti yang hanya ada akta "pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam politik'' dalam buku tata tertib dan hal ehwal pelajar mereka. Oh tuhan, maafkan sekali lagi keterlepasan pandang saya jika itu adalah syarat wajib untuk mendapatkan dana dari KPT.
Sebanarnya satu sahaja cadangan saya: sudah tiba masanya Mahasiswa didedahkan kepada makna/maksud 'demokrasi' sebenar dan berpeluang merasai medan politik sebenar yang bukan hanya mengundi mencari calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).
Sekian,
Naque Ariffin,
Bekas Johan Bahas Ala Parlimen (Piala Menteri Besar) Daerah Seremban (1) 2006 dan 2007.
Fakta: Tahun 2008 saya kalah dengan Kolej Tunku Kursyiah iaitu bekas sekolah Datin Sri Rosmah Mansur. Sekolah ni lagi kuat pusing dari saya. haha.Selamat Pagi Semua.
p/s: "sahaja saya gunakan sedikit perkataan-perkataan arab supaya kalian tahu ramai pemimpin sekarang turut menggunakan nya" - Hitelor
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-22938915431057067252017-01-20T18:26:00.000+08:002021-05-10T03:30:53.431+08:00KEPENTINGAN PEMILIHAN ISU/CERITA/DIALOG UNTUK ADEGAN MEJA MAKAN DI DALAM FILEM/TELEMOVIE.
Kebelakangan ini, ramai nitizen menyatakan yang mereka muak dengan adegan-adegan di meja makan yang sering di tampilkan di kebanyakan filem/telemovie tempatan. Saya tidak merasakan itu adalah sesuatu yang perlu dibuang kerana itu adalah keperluan asas seorang manusia. Iaitu makan. Tetapi yang menjadi persoalan atau masalah disitu adalah isu atau isi perbualan di dalam adegan itu sendiri. Boleh dikatakan hampir semua telemovie hari ini pasti ada adegan di meja makan tidak kira di rumah, mahupun di kedai makan/restaurant.
Aspek pemilihan isu serta warna untuk situasi adegan ini sangat mencabar sebenarnya. Bagaimana ingin menggarap suatu babak cliché menjadi suatu babak yang yang mampu diingati atau menguji tahap kesedaran penonton terhadap isu yang ingin diangkat. Isu-isu yang diangkat ketika babak/scne ini menjadi cerminan bahawa filem/skrip kita tidak perlu hanya bercerita mengenai selepas kerja mahu bermain golf, kisah Dato/Datin serta Tan Sri, projek jutaan ringgit sedangkan kos hidup makin mencekik, atau sewaktu dengannya. Berceritalah mengenai realiti hidup, meskipun pahit untuk ditelan. Senarai 3 filem ini telah meninggalkan impak peribadi terhadap saya ketika di adegan meja makan, iaitu Bunohan, AADC1 dan Children Of Haven.
BUNOHAN.
Kebanyakan konflik di dalam Bunohan berlaku di kedai kopi. Orang Melayu dan cerita kedai kopi tidak boleh diasingkan dalam filem ini. Seperti lagu ‘Cerita Kedai Kopi’. Apa yang saya perhatikan, kedai kopi di dalam Filem Bunohan ini ibarat ‘parlimen’ apabila menjadi medan singgahan buat si baju (Pekin Ibrahim) dan hijau (Faizal Hussin). Tetapi harus diingat ‘Adil’ (Zahiril Adzim) tidak pernah muncul di kedai kopi, tetapi diwakili oleh Pok Wah (Namron) yang menuntut ‘keadilan’ tentang bayaran gelanggang dan peninju kerana Jolok (Hushairi Husain) gagal menunaikan janji. Sepatutnya bayaran harus dibuat selepas Awang Sonar (Soffi Jikan) termakan helah Jolok : ‘Jika Awang membuka gelanggang untuk berlawan, maka hutangnya dengan Jolok selesai’. Jika di perhatikan, premis yang dipilih (samaada didalam skrip atau visual pengarah) telah membuktikan ketidak sia-siaan adegan di meja makan ini dalam film ini.
ADA APA DENGAN CINTA 1.
Iya, cerita ini bercerita mengenai cinta. Tetapi skrip yang diselitkan menyedarkan saya sejarah yang benar tidak perlu diselindungkan. Mungkin ramai yang akan mengatakan saya obsess dengan film ini. Terpulang kepada anda, ini pandangan saya dan lihat apa yang skrip film ini cuba buktikan.
Ketika adegan diantara Cinta, Rangga dan Ayah Rangga makan siang, secara jujurnya mereka berbincang mengenai ayah Rangga yang sudah pencen tetapi tidak pernah merasa duit pencen. Tegasnya lagi adalah disebabkan ayahnya menulis tesis (penulisan ilmiah) mengenai korupsi pemerintah ketika itu pada tahun 1996 sedangkan ayahnya bekerja di pemerintahan (kerajaan). Rangga juga menegaskan yang ayahnya dituduh komunis dan lain-lain. Harus di ingat, filem ini dibikin pada tahun 2002, iaitu 4 tahun selepas perang ekonomi/krisis yang Malaysia juga merasa impaknya. Dan ini adalah filem yang di rakam selepas zaman kegelapan filem Indonesia. Zaman itu adalah selepas 36 tahun pemerintahan Presiden Suharto digulingkan oleh golongan mahasiswa, sama juga seperti zaman Soekarno. Masej yang ingin disampaikan jelas bahawa pemerintahan kuku besi, ketidakadilan serta isu kebebasan hak yang kononnya demokrasi terpimpin yang disuarakan Soekarno dan order baru oleh Suharto ternyata tidak serupa bikin. Adegan ini juga sebenarnya menegur dan mengkritik pemimpin dengan penuh santai sekali.
CHILDREN OF HAVEN.
Children Of Heaven sebuah filem yang sensitif, lembut dan humoris daripada cebisan kehidupan yang bukan seharusnya diratapi tetapi dinilai pengertiannya. Pengarah filem tersebut, Majid Majidi membuktikan bagaimana sebuah filem boleh bercerita tentang permasalahan keluarga yang kecil dengan impak sosialnya yang begitu universal. Benar, didalam film ini berlatarkan masalah kemiskinan dalam sebuah kehidupan harian di Iran. Bertitik tolak meengenai kehidup Ali dan adiknya Zahra yang dibesarkan dalam keluarga miskin di Iran. Memang tiada adegan di meja makan kerana semua aktiviti berlaku dalam ruang itu. Itulah ruang tamu, disitulah katil, disitulah ayahnya bekerja dan disitulah mereka makan dan minum. Ketika Zahra memberi air kepada ayahnya yang sedang membuat kerja, isu yang diangkat ketika babak itu cukup dramatik. Dia mempersoalkan isu kasut. Zahra meminta kasut sedangkan ibunya sedang sarat,ayahnya sedang bekerja, dan keadaan rumah yang begitu naif. Beliau masih menyoalkan tentang kasut! Sebenarnya kasut itu sendiri membawa suatu simbol yang begitu besar dalam filem ini. Ianya lebih kepada harapan atau destinasi untuk menuju kejayaan kerana kasut itu digunakan untuk ke sekolah. Filem ini menggambarkan golongan kelas ke-3 untuk meneruskan hidup mereka. Kasut itu menjadi simbolik kepada ‘kemiskinan’ kerana di jahit berkali-kali kerana itu sahaja harta yang mereka ada. Kasut menjadi titik-tolak kepada serangkaian peristiwa. Apa yang tergambar adalah sebuah drama kehidupan yang mengenalkan kita erti ketabahan dan kesungguhan yang digambarkan dengan lembut di sebalik kemesraan dan kebahagiaan antara keluarga. Di sebalik kegetiran hidup yang dilalui oleh kedua beradik ini, terpancul momen-momen komedi yang mampu melucukan, kerana bagi saya walau bagaimana susah sekalipun pasti punya saat tersenyum dan juga saat-saat indah.
Info: Filem Pendek dari Indonesia yang telah memenangi filem pendek terbaik di Festival Film Cannes tahun ini juga berlaku dimeja makan dan hampir keseluruhan film pendek ini berada di meja makan!
Naque Ariffin (15/12/2016),
Taman Ismail Marzuki,
Indonesia.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-73132519115800506682017-01-06T16:59:00.002+08:002021-07-23T17:10:22.801+08:00Sadisnya Sebuah Pengabdian.
Ramai mutahir ini bertanya kepada aku
mengapa mahu sambung belajar hingga peringkat Sarjana. 'Apa lagi yang hendak dicari. Kau bukan nak jadi pensyarah pun.' Pertama, bagi aku ilmu itu tak pernah habis. Lagi pula itu adalah sebahagian
dari hidup:  mendalami ilmu samaada
duniawi mahupun akhirat. Bergerak seiring dan seimbang. Tetapi alasan yang tidak pernah aku berani
untuk memberitahu semua orang mengapa aku mahu sambung belajar dalam bidang
Sarjana adalah aku memikirkan generasi mendatang. Ya! Bunyi macam Mahathir, sikit-sikit generasi mendatang. Aku tahu bunyinya agak
poyo. Dan pasti, itulah yang ramai dari kalian fikirkan. Oleh sebab itu aku tidak
pernah berbicara tentang itu. Sekarang tidak tahu mengapa, aku ingin benar meluahkan.
Tidak mahu ada segolongan orang
digelar ‘Pemilik Kebenaran’ dan memikirkan Generasi Mendatang.
Mungkin ramai yang tidak tahu dan
tidak direkodkan, saban tahun banyak graduan-graduan seni pulang/selesai
menuntut dari dalam dan luar Negara. Sebenarnya ada diantara mereka yang tidak dapat meneruskan jurusan dari Matrikulasi/Tingkatan 6 dan di campak ke dalam bidang kesenian. Ini paling sakit. Mungkin aku jenis orang yang tidak punya plan B. Ini kerana jika aku ada plan B, aku tidak akan berusaha sepenuhnya untuk plan A aku. Maka, mereka ini mungkin orang yang banyak plan dan redha di campak kan ke bidang kesenian (walaupun aku kurang setuju dalam hal ini dan tak perlu dibahaskan disini). Aku akui, anak-anak ini sangat cardas dan mampu menghafal dan menghadam segala teori. Tetapi seni ini bukan sekadar teori. Teater adalah kehidupan sehari-hari. Untuk melihat sejarah lepas, aku pernah
dipanggil oleh Ahmad Yatim dan dikenalkan kepada seorang Graduan Seni
Persembahan (Teater) yang baru pulang dari Kepulauan Inggeris. Aku diminta
menjadi subjek kajian beliau. Ini merupakan bengkel lakonan yang Graduan itu
lakukan berdasarkan hasil Thesis Sarjana beliau mengenai teknik lakon Stanislavsky. Aku belum bersetuju ketika itu tetapi perasaan teruja itu ada kerana
aku adalah bahan eksperimen beliau. Macam biasa, aku seorang yang sangat haus
dan dahaga dengan ilmu terutamanya kesenian, teater khususnya. Maka berlakulah diskusi
mengenai hal ini. Aku bertanya pernah atau tidak beliau berlakon sebelum ini?
Mungkin aku terlepas pandang dengan kehadirannya dalam industri samaada mainstream
mahupun alternative/indie. Jawapannya tidak. Aku terkedu ketika itu tetapi
masih berfikiran waras. Aku pulang selepas itu. Bukan untuk bersikap fasis. Tetapi
ini aku tidak boleh relakan. Secara peribadi, aku kagum dengan hasih kajian beliau
mengenai teknik atau gaya lakon Stanislavsky itu. Tetapi ianya hanya teori
semata. Kesenian itu harus dirasai. Tubuh itu harus dikerjakan. Bukan cuma jari
yang mengetik dan otak yang menghafal. Mana mungkin kau berbicara mengenai
enaknya masak lemak cili api, sedangkan kau tidak pernah merasainya. Pedas,
masin, kuning kunyit, pedas, lemak dan lain-lain rasa yang ada. Kau ingin
bercakap mengenai lakonan, tetapi kau tidak pernah berlakon. Ini yang bermain
di fikiran aku. Kau mengkaji mengenai observasi dan imaginasi tetapi hanya
secara aksara dan lisan tetapi tidak pernah dihasil uji. Lalu apa teori itu?
Teori itu dibuat selepas ada hasil yang teruji dan di tuliskan dalam bentuk
teori oleh pengkaji-pengkajinya. Ini yang aku fikirkan. Mungkin mereka pulang
dan besar harapan mereka untuk duduk di belakang meja sebagai tenaga pengajar.
Lalu mereka memegang atau masyarakat meletakkan mereka pemilik kebenaran itu.
Pengalaman kedua apabila aku
pernah membuat pertunjukan/persembahan di Selatan tanah air. Rata-rata mereka
yang hadir adalah pelajar-pelajar dari sekolah seni. Sebenarnya, bukan itu
pertama kali. Aku orangnya yang suka berbual. Ketika sedang melunaskan Ijazah,
ada juga alumni dari sekolah seni ini menjelaskan kebingungan mereka. Kecelaruan mereka dan nyatanya mereka tidak
mendapat pendidikan yang benar di sekolah seni dan masih keliru dari segi
genre/konsep/stail-bentuk setelah berada di alam kampus. Sedangkan bagi aku ini adalah asas sebenarnya dalam
teater. Inilah yang aku risaukan. Guru mereka ini diiktiraf sebagai pemilik kebenaran. Apa yang dicakap atau dibahas oleh mereka harus dikata benar. Sadis!
Aku melihat diri aku dan bukan untuk
bermegah. Jujurnya bukan itu yang ingin dicoretkan.
Dari kecil sebenarnya teater adalah padang permainan aku di taman budaya. Setelahnya, zaman Diploma dan Ijazah, semua
bidang dalam teater telah aku terokai samaada dari segi teori mahupun praktial.
Dari atas pentas sehingga belakang pentas. Dari pereka kreatif sehingga
pembikin dan tukang. Bisa berbahas mengenai teori dan praktikal. Jatuh bangun orang yang mengabdikan teater aku lihat dengan mata. Aku rasai dengan hati. Namun aku terus berguru bersama seniman-seniaman hebat dan paling penting
mereka adalah PEMAIN INDUSTRI/ PEMBIKIN. Bukan hanya jaguh kampung di tempat selesa. Sebentar, seniman disini aku maksudkan adalah
orang yang bekerja dalam bidang seni. Mereka tidak perlu mendapat gelar seniman
Negara dari pemerintah. Senang cerita, mereka ini wujud dalam industri (mainstream/indie)
dan bukan hanya di belakang meja, pergi dan pulang kerja lalu berbicara
mengenai kesenian semasa konon nya. Dan bercakap mengenai lakonan benar atau tidak. Teater adalah tentang buat/bikin bukan cakap atau sekadar kritik. Oh Tidak! Seni bukanlah bersifat diskursif kawan ku, tetapi bahasa yang berkembang. Mereka ini bernafas, makan, dan
hidup dalam dunia ini dengan menyerahkan hidupnya kepada industri dan sebagai pembikin. Walau dia seorang guru sekolah seni/pensyarah/guru lakon dll, dia tetap terus berkarya di luar. Atau pernah meninggalkan sesuatu untuk di refrensi. Walau mereka
tidak punya Sarjana mahupun Doktor gelar akademik, tetapi ilmu jalanan dari mereka aku
kutip dan lebih aku hargai. Boleh duduk dan berbual dimana-mana dan bukan di cafe mewah semata. Resah. Keresahan ini selalu hadir. Ramai
rakan-rakan yang bermati matian mengabdikan diri untuk menjadi seniman seumur
hidup dengan merasai dan meraikan kesenian dalam bidang teater. Lalu ada
segelintir mengaku sebagai pengarah teater, guru lakon, pensyarah teater dan seni persembahan, pelakon teater
semata-mata mereka adalah lulusan teater dalam bidang/pengkhususan tadi. Sedangkan sejauh mana
eksplorasi mereka terhadap dunia teater/lakon ini selepas tamat kuliah? Maka mereka
inilah pemilik kebenaran bagi generasi baru kelak. Sadis.
Apakah aku hanya sensatif dan emosi? Ahh.. Menyedarkan pemilik kebenaran ini
bukan tugas yang mudah. Sebab itu aku memilih bersaing. Kerana aku tidak boleh
menerima itu. Bawah ini adalah orang-orang yang aku fikir sepatutnya ada dalam industri samaada pembikin atau pendidik untuk generasi mendatang. Mereka merupakan pengajar aku diluar bilik kuliah. Aku sering bersama mereka. Setiap hasil kerja aku pasti akan ada mereka dari segi visual ataupun spiritual. Bukan hanya tentang kerja, mereka mengerti makna kehidupan seni.<o:p></o:p>
Guru sinografi/rekaan aku.
Guru Pengarahan aku
Guru lakonan/rujukan penulisan aku
Guru pembentukan idea/ kreativiti/penulisan kritikan aku
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-88473535107720325862016-12-07T02:21:00.001+08:002021-05-10T03:30:53.305+08:00Review 14: Teater Class Room- Tidak Punya Naratif, Hanya Perlu Otak Kreatif.
Teater Class Room merupakan Sayap Tamu (Pementasan Jemputan) untuk Festival Teater Jakarta 2016. Teater yang diarahkan oleh Yayu Untu ini merupakan sebuah persembahan pantomim.
Class Room (bilik kuliah/darjah/dll) mengangkat sebuah persoalan tentang kentut. Mungkin dari segi penceritaannya nampak ringan dan mudah ditebak, tetapi teater ini cukup membawa kita menggali sedalam mungkin rongga kewarasan kita untuk dikaitkan isu semasa. Persoalan fitnah terus bermain di fikiran saya ketika menonton teater ini. Bagaimana fitnah boleh tersebar ibarat kentut.Tetapi ketika sesi soal jawab bersama pengarahnya, mereka hanya tersenyum dengan pandangan saya dan mengatakan ianya adalah tentang kentut semata. Sekerasnya dia menidakkan hujahan saya... Ahhhh! dia membiarkan saya terus bertanya2.
Memandangkan persembahan ini berbentuk pantomim, penontot terus terbuai dengan aksi-aksi yang membawa makna. Ceritanya sengaja tidak dirangkai secara naratif. Karekter-karekter antagonis pada saat tertentu boleh sahaja berubah menjadi protagonis ataupun sebaliknya. Mengambil bilik darjah sebagai modus operandi untuk menyebarkan wahana yang besar, penonton tidak kering gusi melihat gelagat pemain di atas panggung. Tetapi saya terkesan ada isu besar yang ingin diangkat dengan menggunakan latar bilik darjah yg kecil ini.
Berbalik kepada isu yang ingin diangkat, iaitu isu kentut, mereka terus-terusan mempersoalkan tentang kentut. Mengapa kentut tidak boleh di hitung sedangkan ianya boleh menjelma di setiap ruang. Kentut jika kita biar dan tidak di persoalkan akan lenyap begitu sahaja setelah baunya hilang. Mereka terus menuduh setiap pemain. Begitu juga fitnah pada pandangan saya. Dalam pementasan ini, Surat Khabar dijadikn props. Ini menguatkan lagi hujahan saya memandangkan itu adalah medium terbesar fitnah disebarkan. Mereka juga memainkan emosi (suka,marah,sedih dll) dalam pelbagai ragam untuk setiap berita di dada-dada akhbar yang mereka baca. Selain itu, mereka juga bermain 'teng-teng' di atas pentas sambil melontar batu. Mereka hanya melontar batu kemudian tertawa. Lontar lagi dan ketawa. Hal ini diulang beberapa kali. Terpanggil saya untuk mengaitkannya dengan simpulan bahasa 'baling batu sembunyi tangan'. Begitulah orang yang menyebarkan fitnah. Ianya sangat berkait rapat dengan lingkungan budaya dan sosial masyarakat Indonesia masa kini. Kita boleh lihat dalam demonstrasi jalanan yang terbesar baru-baru ini. Penyebaran fitnah mengenai kes pemerintah Jakarta kini iaitu Ahok yang dikatakan menghina Al-Quran. Golongan Mahasiswa dan pelajar-pelajar digunakan untuk membentuk satu gelombang besar fitnah ini untuk menjatuhkan beliau di jalan. Saya sudah menghadam ucapan Ahok itu dan telah menulis sebuah artikal tentang kes itu. Tidak ada baur-baur beliau menghina Al-Quran, hal ini hanya permainan politik semata. Inilah yang dikatakan kaitan. Situasi seperti berdemo juga di tampilkan dalam pementasan ini. Semua terkait. Inilah lingkungan budaya yang saya maksudkan tadi.
Peluang kehadiran semiotik dicerna oleh indra visual saya patut dipertanyakan. Hal ini berorentasikan kepada sistem, tanda-tanda dan setiap maknanya tanpa mengabaikan konteks dan penonton dalam persembahan ini. Saya tidak boleh memandang enteng dengan kehadiran tanda-tanda tadi kerana pementasan ini membawa saya ketahap ragu-ragu dengan pilihan saya yang pertama. Sama ada isunya tentang kentut sahaja atau ada sebaliknya. Jika sebaliknya ianya tentang fitnah dan khabar angin. Kita bermain tarik tali dengan diri sendiri sebenarnya sepanjang pementasan ini.
Teater Class Rooms ini sebenarnya terinspirasi dari naskah Waiting For Godot menurut pengarahnya. Ianya sebuah kerja kolektif bersama aktor-aktor beliau. Jadi sebenarnya saya mencari yang tak pasti kata sutradaranya. Sama seperti menanti Godot ujar beliau. Jadi sebenarnya pementasan ini tidak bermaksud memaksa penonton untuk mengerti, tetapi teater ini perlu dinikmati dengan hening dan gelak tawa. Saya pulang sambil senyum dan berkata dalam hati, 'ahhh! acah2 art berat pula.. nyampah lah, balik nnt nk makan meggi samyang."
oleh: Naque Ariffin,
Taman Ismail Marzuki,
sambil menunggu teksi,
dan di tangan secangkir kopi.
6 Disember 2016.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-16117043785116045332016-10-17T01:26:00.005+08:002021-05-10T03:30:53.179+08:00Review 13: Kehadiran Semantic Dalam Gerak Tari 'PRAEAMBULUM'
“How much easier it is to be critical than to be correct.”
- Benjamin Dasraeli
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-68319915622164008722016-10-16T01:43:00.000+08:002021-05-10T04:05:01.972+08:00Surat Terbuka Buat Razak Mohaideen
Entri ini di tulis pada 11 Julai 2016 di ruangan facebook saya. Boleh rujuk link dibawah.
( https://www.facebook.com/naque.ariffin/posts/1097170173638755 )
Ini merupakan pandangan peribadi saya. Jika anda tidak bersetuju, itu hak anda. Jika anda setuju, maka hebahkanlah supaya ia sampai kepada mereka yang terbabit serta akan mendapat kebaikan bersama khususnya industri perfileman Malaysia.
Saya berpendapat bahawa sudah tiba masanya Dato’ Razak Mohaideen (RM) menyerahkan kerusi pengarah filem kepada generasi muda untuk filem-filem terbitan UiTM. Saya difahamkan filem Anak Mami Nasi Kandaq merupakan projek mahasiswa tahun akhir UiTM dan saya yakin tidaklah semua mahasiswa tahun akhir ini bersetuju sepenuhnya (termasuk yang mereka bincangkan di kedai kopi) dengan pembikinan filem ini sebagai projek akhir mereka memandangkan kualiti penceritaannya teramatlah ortodoks. Saya tidak mahu diskusikan mengenai filem ini atau plot penceritaannya yang telah saya tonton. Ia seperti menyimbah minyak petrol pada api yang sedang marak.
Wahai Dato’ RM yang budiman lagi cendekiawan, percayalah pada kuasa anak muda Dato’. Saya yakin dengan dana/bajet yang ada untuk membikin filem ini, golongan mahasiswa dari UiTM boleh menghasilkan sebuah karya yang lebih berkualiti dari segi naratif sesebuah filem. Saya akur dan dapat merasakan 'kesangapan' pengarah untuk membikin sesebuah filem. Tetapi, kita juga harus akur dengan perubahan zaman. Jika dicampakkan ke slot telemovie sekalipun, ianya tidak setaraf dengan kualiti isi kandung dari aspek penciptaan (tidak termasuk lakonan) yang disiarkan di stesyen tv sekarang.
Sebagai seorang pemerhati, saya pernah menonton hasil karya mahasiswa dari UiTM (khususnya Fakulti Filem dan Teater). Ya! Mereka punyai potensi tinggi untuk diketengahkan. Inilah ruang serta lapangan untuk mereka melangkah ke industri perfileman di masa akan datang. Akur dengan keperitan untuk mendapatkan dana/bajet untuk membikin sesebuah filem, penilaian pelajar inilah yang akan menjadi penanda aras kepada syarikat produksi tempatan yang akan melaburkan duit mereka untuk menerbitkan filem. Jika hasilnya seperti ini, saya rasa dengan menjadikan filem ini sebagai penanda aras untuk mereka masuk ke dalam industri perfileman, taukeh balak yang mahu lari dari cukai pun takut hendak melabur.
Cuba bayangkan sejenak, jika mahasiswa ini diberi peluang mengendalikan produksi ini dengan cerita mereka yang lain, jika hasilnya baik maka siapa yang harus bangga punyai pelapis pembikin filem anak tempatan? Sudah tentu UiTM sendiri. Tetapi jika hasilnya kurang memberi impak, masyarakat boleh menerimanya atas sebab ianya merupakan penilaian pelajar dan akan menjadi penanda aras untuk mereka melangkah ke lapangan sebenar industri perfileman yang penuh pancaroba ini. Yang menjadi bala serta malapetaka sekarang, adakah mereka bangga dan tersenyum serta memberi tepukan sambil berdiri terhadap Ketua Program/Pensyarah mereka dengan penghasilan filem seperti ini? Jika jawapannya adalah “Ya!” maka saya tidak menafikan yang industri perfileman kita kini semakin nazak.
Melihat pendekatan oleh pihak Astro lakukan sekarang di bawah program Karya 12, ini boleh dijadikan contoh paling hampir. Generasi muda diberi peluang dan otai sekadar memberi tunjuk ajar juga nasihat dan bukannya sebagai ‘diktator’. Dengan pengalaman yang Dato’ RM ada sebelum ini boleh dijadikan tempat rujukan mereka sama ada dari sudut baik atau buruk dalam membikin filem atau mungkin lebih elok kalau Dato’ RM terlibat sebagai penyelia projek sahaja.
Akhir kata dari saya, percayalah akan kuasa anak muda dan lihatlah magisnya akan muncul. InsyaAllah. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
oleh- Naque Ariffin (Julai 2016)
Seremban.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4257932850966257478.post-77729310989861593032016-10-14T12:48:00.003+08:002021-05-10T03:30:53.084+08:00Catatan Kecil Buat NamRon
Salam Bang, apa khabar? Apa jadi sebenarnya? Ramai betul orang tertanya-tanya apa yang jadi sebenarnya sehingga tersungkur begitu emosi abang. Benar abang bukan 20an mahupun 30an, tetapi semangat yang abang pernah ada, buat kami terus ingin meraikan kesenian. Kenapa dulu abang mampu melawan dan mengendahkan kata-kata serta tindakan sundal mereka. Bikin semua ikut mahu abang. Pulanglah ke zaman sebelum abang masuk ke industri mainstream. Ternyata mereka tidak benar-benar menghargai di mana abang sekarang. Raikan semula zaman abang berkarya dan bekerja dengan naskah-naskah dan karya Julius Caesar, Gadoh, Tanda dan sedengannya. Ketika itu, lihatlah kelompok abang. Orang-orang yang menyokong abang. Semuanya bergerak atas satu jiwa. Jiwa yang ingin bebes dari penipuan dan pembohongan karya-karya yang tidak ingin menipu warga penonton bahawa realiti kehidupan ini tidak seindah mimpi.
Saya mula mengenali abang sekitar tahun 2009. Kita bersama menjayakan produksi Teater Short Eyes dan berlakon satu pentas dengan abang serta rakan-rakan dari Rumah Anak Teater adalah kenangan indah bang. 3 bulan bekerja dan memahami cara kerja abang. Banyak kerja-kerja saya dalam pengarahan terinspirasi dari kerja dan karya-karya abang. Nasionalistik Plastik, Tandas 2.0, Tandas 3.0 adalah tulisan saya dimana ianya bergerak dari gagasan kerja-kerja abang sebelum ini yang saya tonton dan baca. Semangat abang juga saya curi. Saya masih ingat, abang bagi nama saya untuk di casting oleh Jo Kukathas. Disitulah saya mengenali beliau. Dan dari saat itulah saya mula mengambil tahu dan bergaul dari golongan luar teater melayu yg kerja-kerja mereka lebih dari sekadar cerita..Terima kasih! Bang, saya pernah di pinggirkan di sekolah kerana ‘kononya’ saya terpengaruh dengan ideology abang, kak Mislina dan Ayam yang kononya menentang. Pada dasarnya mereka tak faham yang kita cuba untuk telus dan berterus terang dengan cara kita. Saya suka yang jujur. Dan saya merasakan kejujuran dalam hasil kerja abang. Masa pementasan akhir Ijazah saya, abang banyak menasihati saya selepas tamat viva di parkir kereta. Antaranya, abang ckp ‘..jangan terasa apa aku ckp tadi Que, kat luar lebih sakit!’
Mungkin inilah kesakitan yang abang rasakan sekarang. Sabar bang!
Merasakan kedukaan dan ketakutan dalam konteks estetik, seperti dalam teater, adalah sebuah proses pembersihan diri. Begitu kira-kira Aristoteles. Saya kira itu normal bila abang merasa duka dan sakit dalam kesenian. Siapalah saya untuk menasihati abang. Saya juga yakin abang ada alasan sendiri kenapa dan mengapa. Abang NamRon, bukan saya sahaja, malah ramai yang masih dahaga akan kerja berbisa dan berisi dari tangan dan garapan abang. Berehatlah sebentar bang. Tapi jangan berhenti! Kami masih mahu menonton hasil-hasil magis dari karya abang. Salam Jumaat dan semoga kita semua dalam pelukan dan rahmatNya.
When the poet dies- his book remain
when the artist dies- his picture live on
But what is left after the director and actor?
Only memories.
oleh- Naque Ariffin (14Oktober 2016)
Institut Kesenian Jakarta,
Indonesia.
naque ariffinhttp://www.blogger.com/profile/17669748739983302067noreply@blogger.com0