Stor Teater Dewan Bahasa dan
Pustaka menjadi medan percaturan gelora jiwa anak muda yang semakin matang dan
bersemangat dalam aspek kesenian.Baru-baru ini Revolution Stage kembali dengan
sebuahlagi karya iaitu Teater Senapas
selepas kejayaan besarnya mementaskan teater Tycoon di Auditorium Dewan Bahasa.
Membuat percaturan baru, kali ini Khairunazwan Rodzy memberi kuasa kepada Kirin
Mohammad untuk meluahkan rasa baru terhadap naskah yang sudah di pentaskan
beberapa kali ini.
Teater Senapas membawa anda
menyelami isu-isu yang malar segar pada masa kini. Saban hari, kes pembuangan
bayi terpampang di dada-dada akhbar tempatan.Lantaran itu Khairunazwan Rodzy, penulis
selaku pengarah artistik teater ini mengambil langkah inisiatif untuk membawa
isu ini ke medan teater bagi menyapaikan masej kepada orang ramai betapa
besarnya impak kes tersebut.
Dari aspek pengarahan,
pengarah bijak menyeimbangkan kesan teknikal (projector) dengan pelakon. Tiada
siapa menelan siapa. Cuma jika pelakon di berikan lebih banyak gerak
aksi,mungkin ia lebih menarik. Bagi pandangan saya.
Senapas menceritakan
percintaan berlainan darjat diantara
seorang guru perempuan dan seorang murid lelaki yang mempunyai satu masaalah
iaitu penentangan keluarga sehingga terpaksa lari dari keluarga dan memulakan
hidup baru tanpa pertalian yang sah dan bersekedudukan.Beberapa konflik berlaku
sehinggalah guru wanita itu mengandung dan melahirkan anak.Persoalan akhir yang
timbul adalah sama ada mereka ingin membuang bayi itu atau terus membelanya.
Apa yang dapat dilihat di
dalam cerita dan naskah ini, ia
mempunyai konsep kaitan di dalam
teori strukturalisme dari aspek pembinaan plot,tema dan watak yang
membawa kepada isu-isu semasa.Sebagai
contoh kes pembuangan bayi yang semakin popular pada masa kini.Pengarah cuba
merungkai apakah puncanya perkara ini boleh berlaku dan mendapat konklusinya
iaitu cinta yang terhalang boleh membawa kepada kerosakan akhlak iaitu
melakukan hubungan terlarang sehingga melahirkan anak supaya keluarga dapat
menerima perkara tersebut.Kes ini berkaitan juga dengan agama.Jika dilihat dan
di kaji,agama rasmi di negara ini adalah agama islam dan agama islam ini
sendiri mengharamkan perkara tersebut.Cerita ini bukan sahaja merungkai apakah
impaknya pembuangan bayi tetapi menerapkan tuntutan agama dalam sesebuah
hubungan.
Plot dalam cerita ini juga
mempunyai kaitan dengan sosiobudaya.Sebagai contoh pergaulan diantara
remaja-remaja pada masa kini yang semakin bebas tanpa memikirkan cara hidup dan
adat istiadat.Dalam cerita ini guru perempuan tersebut mengajar di sebuah
kampong dan bercinta dengan anak muridnya.
Dalam satu babak di dalam
cerita ini, anak murid tersebut datang ke rumah cikgu permpuan itu dan masuk ke
rumah tanpa memikirkan budaya dan adat melayu iaitu tidak elok seorang lelaki
masuk kedalam rumah seorang perempuan tanpa ada seorang pun yang menjadi
peneman atau saksi yang boleh mengakibatkan fitnah dan dalam agama sendiri
menyebut apabila berdua-duaan itu adalah zina.
Disini jelaslah bahawa
Teater Senapas ini menerapkan aspek strukturalisme serta konsepnya yang terang dalam persembahan
ini apabila struktur drama ini mempunyai kaitatan-kaitan dengan
agama,sosiobudaya,politik dan lain-lain.
Tahniah juga buat pelakonya
Bulat dan Aznah Mohammed kerana berjaya membawa saya ke alam percintaan mereka
yang penuh dengan emosi.
p/s : Kirin x abis2 lagu org putih..tp pilihan yg tepat hampir kesemua lagu. aha
Kelahiran lepas aku adalah mat saleh q. Itu kau kena faham. Hahaha
ReplyDelete